Rabu, 19 September 2012

Semuanya tentang Alfalfa

Alfalfa Complex

Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian

  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  • Merawat arthritis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Milk booster


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 



Testimoni Alfalfa

 Jeragat pudar dan kulit muka tegang setelah 2 bulan mengamalkan makan GLA dan Alfalfa. 

credit to :Ana Lyana

Langsing secara semulajadi


Basically utk diet anda perlu:

Detoks (Herblax) + Protein (Cinch Shake) + Lecithin

1. Kenapa perlu protein?

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

2. Kenapa kena detoks?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda kunci asas untuk kurus adalah detoks.

Herb-Lax berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.

3. Kenapa perlu Lecithin?

Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.





Testimoni pelanggan yang berjaya turunkan 11kg dengan set diet






Selasa, 18 September 2012

Mengapa Nampak Lebih Tua Dari Usia?



SITUASI 1

Mungkin ada yang pernah mendapat teguran seperti berikut :
"Eh! saya ingatkan awak dah umur 40 sebab tengok kulit muka kusam je" (READ: Anda mungkin baru berumur akhir 30an atau masih anak dara)


SITUASI 2

"Sayang, saya tengok awak ni dah macam tua daripada usia. Cuba cantikkan diri tu. Nanti saya pasang lain pula". 
( READ : Suami yang kelihatan lebih muda walaupun sebaya usia)


MENGAPA SITUASI DI ATAS BOLEH WUJUD??
Di antara FAKTOR-FAKTORNYA adalah :

  • Diet tinggi lemak atau kalori

sumber kalori yang tinggi memberi kesan pada jantung dan beri kesan sekali pada wajah. Jadi lebihkan sayur-sayuran dan ikan daripada daging

  • Minuman berkafein

sedikit minuman berkafein mungkin tidak apa..tapi kalau diambil belebihan kulit akan terjejas..kerana kafein akan menyebabkan vitamin sukar diserap. Jadi kurangkan kafein dan pastikan cukup pengambilan air 2-3 liter sehari

  • Makanan tinggi gula

Apabila kandungan gula tinggi dalam darah,gula akan masuk ke dalam kolagen kulit sehingga kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah pengambilan gula dalam makanan anda.



Suplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah di atas adalah:-


B-complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C – antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.[Sumber: webmd]


Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP – diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex – Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) [ Source : emedicinehealth ] Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.

Ketahui Jenis Kulit Anda?

Penting untuk ketahui jenis kulit anda. Jika anda tersilap menilai jenis kulit sendiri anda akan mungkin akan tersilap dalam memilih rawatan yang betul untuk kulit anda. Lain jenis kulit, lain cara rawatannya.

Lain jenis kulit, lain cara rawatannya.

Apabila menentukan jenis kulit, pastikan anda:


  • Memeriksa kulit di bawah cahaya yang terang.
  • Menilai kulit muka yang bersih.
  • Cari minyak di permukaan atau tunggu 10 minit selepas mekap ditanggalkan.
  • Kesimpulannya, kita lebih tahu kulit kita sendiri!


Kulit terbahagi kepada 4 jenis:

1)Kulit Normal

  • Kulit mempunyai lembapan yang seimbang
  • Liang-liang yang halus
  • Jerawat jarang kelihatan


2)Kulit Kering

  • Kulit kelihatan tegang tidak bermaya
  • Liang-liang yang halus
  • Dahi dan pipi cenderung mengelupas
  • Garis-garis halus di sekitar mata dan mulut
  • Jerawat jarang kelihatan


3)Kulit Berminyak

  • Cenderung mempunyai kilatan berminyak
  • Liang-liang yang besar teritama hidung dan dagu
  • Jerawat adalah biasa
  • Kulit kelihatan halus dan lembut
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut yang minimum


4)Kulit Sensitif

  • Mudah terengsa
  • Kepedihan, kegatalan, kemerahan selepas pembersihan atau perangsangan.
  • Kapilari yang pecah-pecah boleh kelihatan.
  • Memberi reaksi terhadap kerengsaan persekitaran seperti matahari, angin dan pencemaran.
  • Memberi reaksi terhadap kosmetik, sabun, alkohol, haruman dan pelindung matahari.


* Boleh berlaku kepada semua jenis kulit - normal, kering atau berminyak.

Kelebihan ESP


ESP - Soy Protein Isolate Powder

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

ESP-Soy Protein yang berkhasiat boleh dinikmati dalam pelbagai cara...

ESP + Air suam
ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
ESP + SusuAnmum
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana
ESP + Ribena
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung
ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
ESP + KOKO + OAT
ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL
ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)

Selasa, 14 Ogos 2012

Rahsia kecantikan Neelofa

sumber:Internet

Cerr.. tengok Neelofa dalam rancangan "MELETOPSS".. cantiknya kulit dia..Bersih, licin dan berseri...Neelofa ni kalau tak make up pun cantik..tengoklah gambar dia kat atas tu..Tips kecantikan Neelofa di antaranya adalah minuman Collagen dan vitamin c...kalau nak dapatkan vitamin C semulajadi, Shaklee pun ada, Vitamin C sustained released 500mg yang "HOT" dan "MELETOPSS" jugak....dan Shaklee Collagen Powder yang berkualiti dan diekstrak dari sisik ikan merah.


  


Sabtu, 4 Ogos 2012

Manfaat Vitamin E

Antara Kelebihan dan Keberkesanan Vitamin E 



1. si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. 

Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.

Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau "clog duct".
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. sangat membantu dalam aspek kesuburan. 

Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.


4. membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. 

Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. membantu mempercepat proses baik luka. 

Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian puting susu. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu "recover" dari kesakitan yang dilalui. Begitu juga dengan mana2 kecederaan,vitamin E turut mempercepatkan luka sembuh.


6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, 

perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, 

vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Dalam banyak-banyak Vitamin E, kenapa perlu pilih Vitamin E Shaklee??

 Fakta Nutrisi Vitamin E Complex Shaklee
Fakta Nutrisi Vitamin E Shaklee

Kelebihan Vitamin E Shaklee kerana kandungan satu kapsul gel lembut membekalkan:

* 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi.
* 10 mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.

Vitamin E semula jadi untuk kesihatan Jantung, Otak, Kolon, Prostat dan Sistem Imun
Vitamin E sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan keimunan.

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi keimunan pada warga tua.¹

1. Meydani, SN, Meydani M, Blumberg JB, et.al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial. Journal of the American Medical Association 1997; 277:1380–1386.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

credit to:Ida Khairani
Free Auto Malaysia Backlinks