Selasa, 18 September 2012

Ketahui Jenis Kulit Anda?

Penting untuk ketahui jenis kulit anda. Jika anda tersilap menilai jenis kulit sendiri anda akan mungkin akan tersilap dalam memilih rawatan yang betul untuk kulit anda. Lain jenis kulit, lain cara rawatannya.

Lain jenis kulit, lain cara rawatannya.

Apabila menentukan jenis kulit, pastikan anda:


  • Memeriksa kulit di bawah cahaya yang terang.
  • Menilai kulit muka yang bersih.
  • Cari minyak di permukaan atau tunggu 10 minit selepas mekap ditanggalkan.
  • Kesimpulannya, kita lebih tahu kulit kita sendiri!


Kulit terbahagi kepada 4 jenis:

1)Kulit Normal

  • Kulit mempunyai lembapan yang seimbang
  • Liang-liang yang halus
  • Jerawat jarang kelihatan


2)Kulit Kering

  • Kulit kelihatan tegang tidak bermaya
  • Liang-liang yang halus
  • Dahi dan pipi cenderung mengelupas
  • Garis-garis halus di sekitar mata dan mulut
  • Jerawat jarang kelihatan


3)Kulit Berminyak

  • Cenderung mempunyai kilatan berminyak
  • Liang-liang yang besar teritama hidung dan dagu
  • Jerawat adalah biasa
  • Kulit kelihatan halus dan lembut
  • Garis halus di sekeliling mata dan mulut yang minimum


4)Kulit Sensitif

  • Mudah terengsa
  • Kepedihan, kegatalan, kemerahan selepas pembersihan atau perangsangan.
  • Kapilari yang pecah-pecah boleh kelihatan.
  • Memberi reaksi terhadap kerengsaan persekitaran seperti matahari, angin dan pencemaran.
  • Memberi reaksi terhadap kosmetik, sabun, alkohol, haruman dan pelindung matahari.


* Boleh berlaku kepada semua jenis kulit - normal, kering atau berminyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks