Sabtu, 29 September 2012

Kekal Jelita di Usia 60-an

Siapakah wanita jelita yang kekal awet muda pada usia 61 tahun ini?.. Beliau merupakan ibu kepada penyanyi antarabangsa terkenal,  Enrique Iglesias. Di bawah ini adalah biodata ringkas tentang beliau :-







Isabel Preysler Arrástria (lahir tanggal 18 Februari, 1951 di Manila, Filipina) adalah seorang wartawan Filipina, model dan bekas 'TV talk show' di Madrid, Sepanyol. Beliau diberi gelaran oleh akhbar Sepanyol sebagai "La Reina de Corazones" (Ratu Hati) sejak biografinya dengan nama yang sama telah laris terjual di sana. Dia adalah ibu kepada 5 orang anak termasuk penyanyi pop  antarabangsa  Enrique Iglesias, Julio José Iglesias, Chabeli Iglesias, Tamara Falco dan Ana Boyer.

Ketika berumur 18 tahun, beliau telah dihantar untuk tinggal di Madrid bersama pakcik dan makciknya untuk belajar di Mary Ward College, sebuah universiti Katolik di Ireland, Sepanyol, dan dia telah memilih untuk mendalami bidang Perakaunan. Pada tahun 1970 dia telah diperkenalkan kepada rakan keluarganya iaitu Julio Iglesias, yang pada masa itu belum lagi menjadi seorang penyanyi terkenal. Pasangan itu kemudiannya berkahwin selepas tujuh bulan perkenalan.  Selama tujuh tahun perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu, Chabeli, Julio Jr dan Enrique dan mereka kemudiannya memilih untuk bercerai pada tahun 1978.

Gambar ketika perkahwinan pertamanya

Selepas perceraian mereka pada tahun 1978, Isabel telah memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan untuk majalah Sepanyol ¡Hola! dan temu ramah  pertama beliau adalah bekas suaminya sendiri, Julio. Beliau kemudian berkahwin dengan 'Marquis de Grignon', Carlos Falco, pada 23 mac, 1980, melalui perkahwinan singkat itu beliau dikurniakan anak keempatnya, Tamara. Beliau kemudian berkahwin dengan bekas menteri kewangan  Sepanyol, Miguel Boyer, dan turut dikurniakan seorang anak perempuan lagi iaitu, Ana.


Bersama anak-anak perempuannya
Cantik tanpa dimamah usia

'Hot mama'

Sangat menjaga penampilannya

Sentiasa dikelilingi kemewahan

Agaknya apa rahsia awet muda beliau?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks