Selasa, 18 September 2012

Mengapa Nampak Lebih Tua Dari Usia?



SITUASI 1

Mungkin ada yang pernah mendapat teguran seperti berikut :
"Eh! saya ingatkan awak dah umur 40 sebab tengok kulit muka kusam je" (READ: Anda mungkin baru berumur akhir 30an atau masih anak dara)


SITUASI 2

"Sayang, saya tengok awak ni dah macam tua daripada usia. Cuba cantikkan diri tu. Nanti saya pasang lain pula". 
( READ : Suami yang kelihatan lebih muda walaupun sebaya usia)


MENGAPA SITUASI DI ATAS BOLEH WUJUD??
Di antara FAKTOR-FAKTORNYA adalah :

  • Diet tinggi lemak atau kalori

sumber kalori yang tinggi memberi kesan pada jantung dan beri kesan sekali pada wajah. Jadi lebihkan sayur-sayuran dan ikan daripada daging

  • Minuman berkafein

sedikit minuman berkafein mungkin tidak apa..tapi kalau diambil belebihan kulit akan terjejas..kerana kafein akan menyebabkan vitamin sukar diserap. Jadi kurangkan kafein dan pastikan cukup pengambilan air 2-3 liter sehari

  • Makanan tinggi gula

Apabila kandungan gula tinggi dalam darah,gula akan masuk ke dalam kolagen kulit sehingga kulit kelihatan kaku. Oleh itu awasilah pengambilan gula dalam makanan anda.



Suplemen yang dicadangkan untuk mengatasi masalah di atas adalah:-


B-complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

Vitamin C – antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.[Sumber: webmd]


Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

ESP – diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.

GLA complex – Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) [ Source : emedicinehealth ] Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks