Ahad, 15 Julai 2012

Kehebatan Lecithin

Buat anda yg masih baru dengan perkataan Lecithin ni.. salah satu fungsinya adalah sebagai pemecah lemak.... Lecithin ni bebas kolestrol....Bagi yg beli Lecithin bertujuan untuk mengawal berat badan.. boleh ambilnya selepas heavy meal.. 6caps/day. dan yang bagusnya.. Lecithin ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak.... Jom kita ketahui kehebatan lecithin ni..

Beginilah rupa lecithin yang juga berasal dari kacang soya.




Khasiat Lecithin 

memang banyak fungsi lecithin ni.


  • lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan, sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.
  • lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.

Jadi buat anda yang lain-lain.. Lecithin juga sesuai buat anda.. bukan semata-mata untuk kurus ...

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854 untuk info lanjut

7 Panduan untuk Memilih Supplemen Berasaskan Soya

 







Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik~ 

Kenapa Kacang soya mesti ditanam secara organik? Sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. Dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara kanser dan nitrat. Jadi amatlah penting pestisid, fungisid and herbisid tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran Kacang soya ni.

Kacang soya tu mestilah Non GMO (tidak dihasilkan secara genetik)~ 

Kenapa Kacang soya mestilah "non genetic engineered"? Sebab secara umumnya Kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik..tak mahu yang sintetik pilihlah vitamin Shaklee) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan Kacang soya yg dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, seorang Saintis dari Brazil menekankan berdasarkan kajiannya bahawa toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

Kacang soya tu mestilah mengandungi 9 asid amino perlu~ 

Inilah ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ni untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim. Kalau salah satu asid amino ni hilang.sistem imun badan akan berkurangan 30% dan banyak fungsi badan akan terhenti atau dilambatkan. 
   
Dalam proses pembuatan "soy isolate", kacang soya mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol~ 

Alkohol tu haram di sisi Islam, memang awal-awal lagi kita kena tolak segala yang ada alkohol. Tapi kalau dicuci dgn alkohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan lain-lain lagi. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

Bahan anti-tiroid/"anti-growth substance" mesti disingkirkan~ 

Kacang soya yang mentah mengandungi bahan yang dipanggil "anti-growth" dan "anti-tyrosine" . Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ni akan menyebabkan tekanan darah rendah, merendahkan suhu badan dan "restless leg syndrome". Cari jenama yang menggunakan proses pengekstrakan yang menyingkirkan bahan ini tetapi menyimpan soya dalam satu bentuk mentah supaya mengekalkan tahap tertinggi asid amino dan Isoflavones yang mana sangat sensitif pada haba.

Proses pembuatan  protein soya sebaiknya tanpa pemanasan~

Asid amino sangat sensitif dengan suhu yg panas. Dalam suatu kajian, protein yang dimasak menunjukkan 50% asid amino hilang .Kalau seseorang individu terus mengambil diet makanan yang kurang asid amino perlu  secara berterusan, perkembangan otak  dan penghasilan hormon-hormon atau tisu badan lain boleh menjadi lemah .

Isolate soya itu mesti ditambah dgn unsur calcium. Kenapa?~ 
Kajian melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Dan oleh yg demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam  protein soya itu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah kalsium secukupnya.

Yang pasti, Energizing Soy Protein  Hot.. Popular.. Marvellous..memenuhi semua kriteria-kriteria di atas!
 
 credit to Shafini Zain 

Rahsia Awet Muda dan Cantik

ESP(Energizing Soy Protein) kunci kepada rahsia awet muda... tapi mulakan dari hari ini lah jika nak awet muda 10 tahun akan datang.. kerana apa jua pun perlukan kesabaran .. bukannya hasil yang datang dalam satu malam... 



ESP menggebukan, menganjalkan dan mecantikkan kulit..

"Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi.

Pentingkah Protein?
Hot.. Popular.. Marvellous..
Inilah rahsia awet muda tu..



Badan kita perlukan protein utk tumbesaran yang sihat. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Dan yg penting, protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein (yang berkualiti), sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel-sel lama



Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat.Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum –protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.



Tahukah anda?


Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.


Risiko kekurangan protein
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati
  • kolesterol tinggi
  • tekanan darah rendah
  • kandungan gula darah rendah
  • Fungsi saraf tak stabil
  • Ulser perut dan usus
  • Luka ambat sembuh
  • Pengaliran darah yang tidak lancar
  • Penglihatan kurang baik
  • Badan menggeletar
  • Letih lesu
  • Lemah
  • Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  • Terancat akal
  • Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Kelebihan Shaklee ESP
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan monopouse
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As "energy booster" (kalau minum pagi2 tu. terasa bertenaga dan tak rasa lapar sangat.. jadi suatu bonus untuk yang sedang cuba menurunkan berat badan)
  • Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
  • Ibu mengandung :untuk kehamilan yang sihat dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan
  • Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?


Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (sejuk atau air suam2 kuku) ataupun bancuh bersama milo, susu atau jus atau ape2 air favorite anda cuma jangan bancuh dgn air yang terlalu panas kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi..


BERMINAT MENDAPATKAN ESP? SMS 013-2995854 UNTUK MENDAPATKAN ESP PADA HARGA ISTIMEWA!..

sumber : http://www.mamafaiz.com/search/label/ESP%20-%20Soy%20Protein

Sabtu, 14 Julai 2012

Alahan dan vitamin untuk alahan



Hari ni rasa terpanggil pulak nak bercerita tentang alahan dan vitamin untuk alahan. Mungkin ramai yang tak tahu tentang alahan dan penyebabnya.




Apakah Alahan????


Alahan terjadi apabila sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan  seperti debunga,habuk malah makanan.

Alahan makanan

Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam,muntah,kejang,ruam,ekzema dan lelah.

Contoh makanan yang sebabkan alahan adalah susu, soya,telur,kekacang,gandum,ikan dan kerang. Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa boleh juga alaminya.

Di antara makanan penyebab alahan.


Alahan serangga

Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh lebah dan tebuan yang mengandungi alergen. Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.


Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar,mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke
minggu.

Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.



Satu dalam sepuluh orang alah kepada sengatan lebah.

Alahan ubat

Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.
Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti : antibiotik,sulfa,antiepileptik dan insulin. Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik,dalam masa beberapa minit.



Alahan Kulit 
Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.



Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.

Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.

Tanda alahan pada bayi.




Testimoni

Ada pelanggan yang menghadapi alahan makin pulih setelah memakan vita-C..



Faizah Zain
SID 887424
sms 013-2995854



Isnin, 9 Julai 2012

Boleh dan tak boleh untuk ibu yang menyusu badan



Rasanya ramai ibu2 yang menyusu badan tahu bahawa semua makanan dan minuman yang kita makan dan minum akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu tadi..Jadi apa yang boleh mkn?apa yang ibu tak boleh makan?

kat sini saya nak share makanan2 yang perlu ada dalam diet seharian ibu2 menyusu yer......





1) Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur- sayuran, buah2an,lemak....(kalau rasa tak mampu nak sedia kan makanan seimbang..tak tertelan hari2... sila lah ambil breastfeeding set shaklee ni yer... yg mengandungi multivitamin,bcompex,,vitamin C...bagi memastikan keperluan bdn mencukupi)
 
2) Banyakkan pengambilan buah2an dan sayur2an iaitu 3 hingga 5 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang penting untuk ketahanan tubuh badan dan tumbesaran bayi ( tak larat nak telan hari2?tak suke mkn buah...hmm..takpe..breastfeeding set shaklee ada mengandungi vitamin C)

3) Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, soya, tempe, ayam tanpa kulit, ikan, telur dan kekacang sebanyak 3 hidangan sehari dan 3 hingga 4 hidangan susu sehari. 
* Nota : Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.* (boleh?...rasa mcm banyak sangat nak kene makan?..shaklee ada jalan penyelesaian... ambillah ESP Energizing Soy Protein yang sangat kaya dengan sumber protein malahan di hasilkan dengan kualiti yg sangat tinggi...)

 
4) Meningkatkan pengambilan susu kepada 3 ke 4 gelas sehari.Walaupun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu di pengaruhi oleh pengambilan kalsium oleh ibu, tetapi dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi 
keperluan bayi. Oleh itu, bagi ibu yang kekurangan kalsium dan tidak mengambil tambahan kalsium, besar kemungkinan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat
menapous..(set E sesuai utk anda...gabungan set B dan calcium magnesium)

5) Pastikan si ibu mengambil sekurang2nya 8 gelas besar air sehari (mcmana nak pastikan minum 2 liter hari2? buat indicator macam ni yer.....setiap hari letakkan 2 botol bekas air mineral 1.5 liter atas meja khas(maknanya air tu untuk kita sahaja)...so, pastikan air dlm botol itu dpt dihabiskan dalam sehari...simple kan...)...


6) Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel - sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas...(istimewanya multivitamin shaklee kerana turut di lengkapi dengan zat besi..)



7) Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi, mi, bijirin dan roti



8) Elakkan pengambilan lemak dan gula secara berlebihan...
....dah...tu sahaja.. makanan2 yg perlu ada dalam diet seharian ibu2....mmglah impossible nak memenuhi segala keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan bagi menghasilkan susu yang benar2 berkualiti....dan kalau ibu2 sedang mencari supplemen asas... pastikan ia mengandungi.. multivitamin..vita C..B Complex, calc/mag..dan penambahan alfalfa atau ESP sebagai penambah protein / galagtogoue (penambah susu) ..



credit to :http://www.mamafaiz.com


Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Ramai yang tertanya-tanya, terutama bagi yang baru mengamalkannya waktu terbaik pengambilan vitamin ini. Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai? Dicadangkan pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan penyerapan nutrisi dari vitamin. Maklumlah, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).




Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua:

  • VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
  • VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.
  • OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  • LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  • Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
  • Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.

Sekiranya anda merasakan cara anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Sebagai panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, cubalah saranan ini :
  • Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex
  • Di antara sarapan & makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa
  • Di antara makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
  • Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)


Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa  boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

* Article Credit To : http://www.anakkuwiraku.com 

Ahad, 8 Julai 2012

Atkins Diet - Cara paling berkesan untuk kurus dengan cepat

Di sini saya kongsikan tentang diet Atkins yang melebihkan protein dari karbohidrat..jadi Energizing Soy Protein(ESP) , Meal shake dan Cinch shake boleh ditambahkan dan sangat sesuai dalam diet ini ....dan boleh memberi kesan yang baik 

Cinch™ Shakes merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan. 

  • Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa anda menurunkan berat badan
  • Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang dan puas 
  • Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan 

Energizing Soy Protein (ESP) : Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.Shaklee ESP:

Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan  rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.* Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Meal shake : berkhasiat serta mudah disediakan yang sesuai untuk seisi keluargaSarapan segera yang berkhasiat. Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 



APAKAH DIET ATKINS?


                                 
Berjaya turunkan berat dengan Diet Atkins 

" Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak"


Diet Atkins lebihkan sumber Protein daripada karbohidrat


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melaluikonsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:


1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.



Boleh Makan:


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.



Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.


Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)



Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!


Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)



Makanan Yang Diharamkan Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.


Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.


Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.


Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu

Pagi:
1.) 1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja.
- 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
- 2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
2.) Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja.
- 0.5 karbohidrat


Tengahari:
1.) Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap)
- 0 gram karbohidrat)
2.) ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula).
- 0 gram karbohidrat
3.) Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat
0.2 - 1 gram karbohidrat - any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..Lebihkan sayur2 hijau dan freash.
4.) ATAU makan salad sekali lagi


Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.

1.)Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
2.)Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.)
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
3.) Daging goreng kering
4.) ATAU steak lembu / kambing


Snacks:
1.) 1 keping Cheddar cheese
2.) atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
3) 2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..


Minuman:
1.) Air biasa
2.) Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula


Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
3.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.


Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.



Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!



Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
3.) Cili boh okay, sebab 100% cili je.


Bahagian Makanan Dalam Botol:
1.) Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
2.) Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
3.) Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
4.) Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
5.) Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
6.) Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.


Di Restoran:

1.) Kalau ke restoran/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. asalkan BUKAN nasi, roti.

2.) Fast food
McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja.
Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je. Pilih salad sekali.
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.

3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Sebenarnya, makan diluar mudah je bila amalkan Atkins ni cuma elakkan nasi dan roti. Boleh kenyang makan ayam, ikan dan sayur je.

Selepas 2 minggu, bila dah capai berat badan yang diingini, biasakan balik makanan seperti roti (berserat tinggi) dan sikit nasi , tapi jangan banyak sangat, sebab badan anda akan jadi biasa tak makan benda2 tu. Yang penting, sihat dan cergas.

Bergantunglah pada anda. Kalau boleh teruskan tak makan nasi or roti, up to you. GULA dan produk bergula tinggi harus berpada-pada. Orang Melayu sekarang ramai menghidap diabetes (kencing manis), Dengan cara ini adalah salah satu cara untuk elakkan sebelum terkena penyakit tersebut.

Program ini adalah diet program dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan orang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Untuk buang air yang berlebihan tu, kita kena minum dengan banyaknya. Ini adalah benda yang memang orang kekadang susah nak buat, sebab malas nak sediakan air dalam kuantiti yang banyak. Anda perlu minum air yang sangat banyak untuk mengurangkan air di dalam badan. Mesti ramai yang akan mempertikaikan, kenapa kalau kita nak buang air dalam badan kena minum banyak air? bukan ke nanti lagi banyak air dalam badan.

Memang itu adalah perkara yang biasa yang kita dengar dari semua orang, namun apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas.

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak perlu. Apa yang penting, kita perlu seimbangkan pemakanan kita, kita perlu lihat bagaimana aktiviti harian kita, jika kita jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengahari, dan silalah mulakan hari anda dengan sarapan yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja-kerja seharian.

Jika kita malas untuk mengambil sarapan walaupun kurang digalakkan kerana ianya akan menyebabkan kita kekurangan tenaga untuk memulakan hari kita. untuk program ini, kita akan makan seperti biasa, 3 kali sehari. sarapan, makan tengahari, dan makan malam. Tapi apa yang kita makan untuk setiap sesi adalah berbeza. Untuk makan tengahari, kita boleh makan makanan yang berat, jika anda sukakan ayam, makanlah ayam sebanyak mana pun, cuma kalau boleh buang kulit tu keran kulit adalah tidak sihat untuk kesihatan. Kalau nak makan ikan atau daging pun begitu. Lengkapkan hidangan anda dengan sumber-sumber vitamin dari sayuran atau buah-buahan.

Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu.

Kepada penggemar kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.

Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula
Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.


Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet

Jika berminat boleh sms/pm untuk set turunkan berat yang tinggi protein macam yang disarankan dalam diet Atkins ye..


Faizah Zain 
sms/whatsapp :013-2995854
Shaklee Independent Distributor


Free Auto Malaysia Backlinks