Rabu, 13 Februari 2013

"Water Filter" mudah alih a.k.a Sistem Penuras Jag Air Pertama

Zaman serba canggih sekarang ni bukan setakat telefon jer mudah alih, tapi "Water Filter" mudah alih pun dah ada sekarang. Sistem Penuras Jag Air ni ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Jadi kalau anda ni jenis selalu "oustation", yang ada ruang rumah yang agak terhad atau yang baru kahwin/bujang yang ada budget terhad memang "water filter" ni bagus untuk anda miliki. Jadi tak perlu lagi nak beli "mineral water" atau air RO yang dijual ikut liter tu, jimat belanja sebab Water Pitcher a.k.a jag air ni sempoi je. Ada komponen penuras kat dalam. Apa kita perlu buat, cuma "fill" dan "refill" saja air ke dalam jag, lepas tu tuang kat gelas dan boleh terus diminum. Satu set  didatangkan dengan satu jag dan 4 filter yg boleh diganti.. boleh bertahan selama 16 bulan.. lepas tu beli filter je takyah beli jag..satu filter menapis 303 liter air..Nak tahu detail tentang Get Clean Water Pitcher boleh baca di bawah:-


Jag penuras air yang "portable".


MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.



Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.


Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan - dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
Harganya pun taklah mahal sangat, tak sampai ribu-ribu semua mampu memilikinya..Harga runcit dalam RM400++ tapi kalau nak SPECIAL PRICE sms saya di 013-2995854.

Faizah Zain
SID 887424



Selasa, 12 Februari 2013

Tips elak masalah GASTRIK berulang

Masalah Gastrik atau Gastritis dihadapi tanpa mengenal usia dan jantina. Pelbagai faktor yang menjadi punca masalah gastrik ni, di antaranya adalah amalan pemakanan yang tidak sihat dan teratur, pengambilan ubat-ubatan tertentu serta beberapa faktor yang lain. Bagi yang mengalami masalah gastrik pasti tidak mahu masalah itu terus menghantui anda setiap masa. Beberapa tips boleh anda amalkan untuk elak masalah GASTRIK berulang:-


Atasilah Gastrik anda dengan tips yang diberikan.
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
  • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

DAN...


Amalkan SUPLEMEN semulajadi UNTUK GASTRIK
=====================================

  • ESP (Energizing Soy Protein)
Protein merupakan keperluan asas sel. Untuk menggantikan sel yang rosak, pastinya memerlukan sumber protein yang baik dan mencukupi. Protein juga dapat meningkatkan ketahanan tubuh.
  • B-complex
B-complex terdiri daripada 8 kumpulan vitamin B dan hanya berfungsi dengan efektif apabila semua komponen hadir bersama. Vitamin b-complex bertindak sebagai ubat penenang atau anti-stress. Stress boleh menyumbang kepada terjadinya gastrik, jadi b-complex dapat membantu. Ia juga membantu pengeluaran antibodi. Gastrik mungkin terjadi disebabkan jangkitan, jadi untuk melawan jangkitan, antibodi yang cukup harus hadir.
  • Ostematrix
Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu meredakan masalah gastrik.

3 suplemen ni bagus diamalkan untuk meredakan penyakit gastrik anda. ESP elok diambil di waktu pagi ketika perut kosong, manakala B-complex dan Ostematrix pula diambil sebelum tidur. Untuk mendapatkan 3 suplemen ni boleh sms ke 013-2995854(pertanyaan/pesanan)..Konsultasi percuma akan diberikan bagi yang menjadi customer All Natural Supplement.


Faizah Zain
SID: 887424



Ahad, 10 Februari 2013

15 Khasiat bawang putih yang patut anda tahu!

Bawang putih di antara bahan pelengkap di dalam sesuatu hidangan makanan. Ia merupakan di antara bahan penting di dapur. Mengikut kepercayaan sesetengah masyarakat pula, mereka yakin bahawa bawang putih boleh menghalau jin dan hantu. Bagi yang beragama Islam perlu berhati-hati dengan kepercayaan ini kerana dibimbangi ia boleh mengundang syirik. Walaupun bawang putih ini sedikit berbau tetapi ia memang bagus untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang itu. Di sini diberikan 15 khasiat bawang putih yang patut anda tahu!


Tablet GARLIC SHAKLEE

Dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA pada waktu musim panas.

Ia dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual mengandungi Allicin aktif). Dwi-teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemary dan Spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita. Setiap 2 tablet membekalkan 1000 mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Berminat untuk merasai sendiri kebaikan GARLIC SHAKLEE ?? Boleh sms 013-2995854 untuk pertanyaan/pesanan.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Cara memilih madu asli dan berkualiti

Madu ni memang banyak khasiatnya. Ia juga menjadi salah satu makanan kegemaran Rasulullah. Bagi ibu mengandung pula, meminum madu akan m
embantu pertumbuhan janin dari segi fizikal dan mental. Memang terdapat banyak madu di pasaran tetapi pasti yang tertanya-tanya adakah madu yang dibeli itu benar-benar asli dan berkualiti. Di sini disertakan cara memilih madu yang asli dan berkualiti.



Pastikan beli madu yang asli.


1)Salah satu caranya adalah dengan mengetahui kadar air di dalam madu dengan cara menitiskannya pada kertas. Madu yang kadar airnya tinggi (madu tak tulen) akan lebih cepat meresap ke dalam kertas di bandingkan madu asli dengan kadar air rendah.

2)Cara kedua adalah dengan menitiskan madu ke atas piring beling putih lalu goyangkan ke kiri dan ke kanan. Madu akan membentuk segi enam. Kalau bentuk segi enam tersebut bertahan lama bererti kandungan air yang ada di dalam madu tersebut rendah.

3)Cara ketiga, kalau kristal gula terbentuk pada permukaan madu menunjukkan bahawa madu tersebut sudah melewati waktu penyimpanan yang lama sehingga sudah mengalami penurunan mutu.

Moga tips ini berguna untuk anda!

Faizah Zain
SID

Sabtu, 9 Februari 2013

Cara mengatasi masalah tumit kaki pecah atau merekah yang menyakitkan

Masalah tumit kaki pecah atau merekah ni pada peringkat permulaan memang tak menyakitkan tapi kalau dibiarkan bahagian rekahan itu akan jadi tambah teruk sehingga berdarah. Saya pernah merasa sakitnya bila tumit merekah, tambah-tambah bila terkena air, bahagian yang merekah dan kering tu akan jadi mengembang dan pedih, nak pijak lantai pun rasa ngilu je. Walaupun begitu, ada cara mengatasi masalah tumit pecah atau merekah ni. Boleh baca tips di bawah ini jika anda menghadapi masalah yang sama.

Rekahan yang teruk boleh menyebabkan tumit berdarah


Antara faktor yang menyebabkan tumit merekah:
  • Berdiri terlalu lama di atas permukaan kasar.
  • Obesiti – Kegemukan memberi tekanan berlebihan kepada lapisan lemak pada tumit, menyebabkan ia tersesar ke tepi. Kulit akan pecah jika ia tidak lagi mampu menahan tekanan tersebut.
  • Memakai kasut tidak bertutup belakang juga dikatakan membantu sesaran lapisan lemak dan meningkatkan tekanan pada tumit.
  • Masalah kulit seperti psoriasis atau ekzema.
  • Kelenjar peluh yang tidak aktif.
  • Masalah kaki leper.
  • Memakai kasut yang terlalu ketat.
  • Kencing manis.
beberapa petua yang boleh dicuba:

Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam air suam di dalam besen. Rendamkan kaki ke dalam besen tadi dalam 1/2 jam. Lakukan sampai tumit kakai kembali seperti biasa.

Petua 2:

Sapukan lotion HERBAL BLEND di tapak kaki sekurang-kurangnya 2x sehari. Lakukan sehingga sembuh. Losyen ni sejuk dan berangin. Bukan setakat orang dewasa je boleh guna, bayi yang ada masalah ruam lampin atau Eczema pun sesuai pakai losyen ni.




Petua 3:
Sapukan getah betik muda ke tempat yang merekah. Lakukan sehingga sembuh.

Petua 4:
Gosok tumit kakai denga belimbing buluh, kemudian berus dengan berus yang lembut. lakukan selalu agar cepat sembuh.

Petua 5:
Rendam kaki ke dalam air suam, gosok tumit dengan bawang putih.

Petua 6:
Gunakan selipar di dalam rumah.

Selamat mencuba ya!



Ingin mendapatkan HERBAL BLEND?? Hubungi

Faizah Zain|Shaklee Independent Distributor 887424|sms 013-2995854

Rabu, 6 Februari 2013

Cara menguatkan daya ingatan macam Orang Jepun

Teringat masa kecil-kecil dulu, arwah datuk sebelah ayah melarang keras kami adik-beradik makan kepala ikan, organ-organ dalam haiwan macam hati dan limpa. Tetapi lepas arwah dah takde mak ayah takdalah larang sangat nak makan semua tu. Dulu tertanya-tanya juga kenapa datuk larang sangat makan   makanan tu, bila dah besar baru faham. Semua tu akan menyebabkan daya ingatan jadi lemah. Saya rasa semua tu memang berkesan, sebab ayah walaupun tak belajar sampai ke IPT tapi daya ingatan dia sangat kuat walaupun dah menjangkau 70 tahun, kalau nak mengira yang darab-darab ni tak payah pakai kalkulator semua dicongaknya walaupun yang ayah darab tu semuanya angka yang ada perpuluhan. Lagi satu ayah ni suka makan ikan kembung, dulu kalau boleh hari-hari nak makan ikan kembung masak kari atau goreng. Teringat pasal tu, saya juga tertarik pasal cara menguatkan daya ingatan macam Orang Jepun . Diaorang terkenal sebab kuat menghafal kalau belajar dan panjang usia. Jom korek rahsia  diaorang.    



Kepintaran orang  Jepun juga dipengaruhi oleh corak pemakanan mereka

Dari aspek pemakanan, ikan mendominasi di antara makanan yang kerap diambil oleh orang Jepun, puratanya adalah 60kg per orang setahun, memang banyak kan ? Berbanding kita di Malaysia yang puratanya baru 37kg per orang setahun. Kadar protein ikan segar atau olahan cukup tinggi, Ikan juga kaya akan kalsium, fosfor, besi, Vitamin A dan B1. Salah satu lagi komponen gizi yang terkandung dalam ikan yang berperanan dalam meningkatkan kecerdasan ialah Docosa-hexaenoic-acid (DHA), yang merupakan asid lemak rantai panjang Omega-3. Ia terdiri dari 22 atom karbon, 32 atom hidrogen dan 2 atom oksigen (rumus molekul: C22H32O2).

Daripada kajian yang dibuat, orang Jepun yang tingkat konsumsi ikannya lebih tinggi memiliki rata-rata kecerdasan yang lebih tinggi sebab Ikan merupakan bahan yang kaya dengan DHA.

Menurut pakar dari Amerika Syarikat, sekiranya diet anda mengandungi kurang asid lemak Omega-3, otak anda akan menjadi 2 tahun lebih tua dari umur yang sepatutnya. Kajian juga mendapati individu dengan tahap darah asid lemak Omega-3 di bawah 25%, memberikan markah yang lebih rendah dalam ujian yang melibatkan penyelesaian masalah dan abstrak 


(Majalah I-Sihat; September 2012)




Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan

Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular

Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung

Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis

Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder

Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder) dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata

Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)


Sumber:
1)http://ezinearticles.com/?expert=Michael_Byrd
2) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21961774
3) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20504323
4) http://www.fishoilblog.com/8-fish-oil-benefits.php

Bagus untuk seisi keluarga

Khasiat OMEGAGUARD -minyak ikan yang kaya dengan 99% Omega-3

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


Shaklee OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

OmegaGuard antara minyak ikan yang terbaik kerana terdiri daripada 99% omega-3 berbanding minyak ikan yang lain. Memang bagus untuk dijadikan suplemen harian anda.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Selasa, 5 Februari 2013

Masker untuk menggebukan wajah

Memang ada macam-macam jenis masker yang saya dengar. Tapi saya tertarik dengan masker yang satu ni, selepas tengok wajah pengamal dia yang jadi gebu, cerah dan licin. Jom kita belajar cara nak buat masker untuk menggebukan wajah.





step 1: 1sudu ESP + 1bji Alfalfa + 1kapsul vit E di cucuk dan diletak dalam mangkuk
step 2: picit vit E yang dah dicucuk + bahan tadi dgn sedikit air
step 3: kacau semua sehingga sebati
step 4: sapu kat muka
step 5: cuci & bilas dgn air.. :)



Cuba tengok dah berseri-seri wajah orang yang ajar cara buat masker ni. Kalau nak tahu macam mana nak dapatkan ESP,Alfalfa dan Vita-E Shaklee ni boleh sms 013-2995854. Ketiga-tiga tu juga bagus jika dijadikan suplemen harian bagi yang nak cantik dan awet muda.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
SMS 013-2995854

Free Auto Malaysia Backlinks