Rabu, 16 Januari 2013

Masalah alergi akibat sabun...kalau dibiarkan boleh melarat



Pernah tak kulit anda tetiba naik merah-merah, gatal-gatal dan naik biji-biji halus lepas basuh pinggan atau lepas guna sabun basuh baju. Memang sakit kalau jadi macam ni, tambah-tambah bila terkena air, biji-biji halus tu mengembang macam  berisi air. Tu, tandanya kulit anda alergi terhadap sabun.  Lama-kelamaan biji-biji halus tu boleh pecah, mengelupas dan kulit menjadi semakin kemerahan,  menipis dan makin terasa pedih.Makin lama kalau dibiarkan masalah ni akan bertambah teruk sehinggakan mengganggu aktiviti seharian anda.

Ada sesetengah individu yang amat sensetif terhadap detergen.

Sebab apa alergi terjadi?
Alergi tercetus disebabkan kegagalan kekebalan tubuh di mana tubuh seseorang menjadi hipersensitif dalam bereaksi secara imunologi terhadap bahan-bahan yang umumnya imunogenik (antigenik) atau dikatakan yang bersifat atopik. Dengan kata lain, tubuh manusia bereaksi berlebihan terhadap lingkungan atau bahan-bahan yang oleh tubuh dianggap asing dan berbahaya, padahal sebenarnya tidak untuk orang-orang yang tidak bersifat atopik. Bahan-bahan yang menyebabkan hipersensitivitas tersebut disebut alergen.

Apa yang boleh anda buat untuk elak alergi makin teruk?
  • Jagalah kebersihan alam sekitar, baik di dalam mahupun di luar rumah.Pastikan barang di dalam rumah ataupun bilik tidur dibesihkan untuk elak berkumpulnya debu sebagai rangsangan timbulnya reaksi alergi.Usahakan untuk tidak memelihara binatang di dalam rumah ataupun meletakkan kandang haiwan kesayangan di luar rumah anda.
  • Mandilah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. usahakan mandi untuk sebelum pukul 7 malam. Pastikan tubuh anda bersih dari daki-daki yang boleh mencetuskan alergi.
  • Sabun dan syampu yang digunakan sebaiknya adalah sabun dan syampu untuk bayi. Dilarang sama sekali menggunakan pewarna rambut.
  • Jangan menggunakan pewangi bilik ataupun minyak wangi dan ubat nyamuk. Jika di rumah anda terdapat banyak nyamuk, gunakanlah raket anti nyamuk atau kelambu.
  • Gunakan tilam atau bantal dari span, bukan kekabu.
  • Elakkan menggunakan pakaian dari bahan wool, gunakanlah pakaian dari bahan kapas.
  • Penyaman udara (AC) boleh digunakan, tetapi tidak boleh terlalu sejuk dan tidak boleh lebih dari PK.24.00 '
  • Awasi setiap makanan atau minuman atau ubat-ubatan yang menimbulkan reaksi alergi. Hindarilah bahan makanan, minuman, mahupun ubat-ubatan tersebut. Anda perlu mematuhi peraturan diet alahan anda.
Kalau nak cuba hilangkan masalah alergi anda terhadap sabun pula anda boleh cuba mengambil Collagen Powder, memang bagus untuk bantu mengatasi masalah ini. Mudah nak ambil collagen ni, just campurkan dalam minuman kegemaran anda atau air suam. Lebih semulajadi dan dapat elakkan anda dari ambil ubat-ubatan yang maybe tak sesuai untuk anda. Macam customer yang ada masalah ni, selepas dia ambil 4 sachet Collagen Powder, masalah alergi terhadap sabun dia beransur pulih.


Kalau nak cuba Collagen Powder boleh sms saya di 013-2995854 untuk pertanyaan atau pesanan. Harga istimewa akan diberi dan juga anda akan dapat konsultansi percuma dari saya.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
SMS 013-2995854


Cantik bukan cerita dongeng...Atasilah masalah kulit anda

Dalam banyak-banyak cerita dongeng, di antara yang paling saya suka adalah cerita anak itik yang berubah jadi cantik bila jadi angsa. Masa kecil, baru menetas dari telur semua anggap dia tak cantik, tapi peredaran masa telah merubah dia jadi cantik dan cantik tu terus kekal. Apa kena mengena suplemen dan cerita dongeng ni? Hehe..cuma nak cerita yang ramai anggap cantik tu umpama cerita dongeng yang cuma boleh diangan-angankan. Tapi sebenarnya kecantikan ni semua orang boleh milikinya, yang paling penting adalah penjagaan dari dalaman yang menyerlah sehingga keluar. kalau bersolek(cantik di luar) cuma bertahan beberapa jam je, bila make up dah cair mulalah terserlah "eye bag"nya, jerawat, parut, "panda eye",jeragat dan kulit yang kusam dan tak sekata. Ni namanya cantik "Cinderella".Tak tahan lama, pukul 12 tengah malam, "blinkk!"..hilang cantik dia.sebab make-up dah dicuci sebab nak tidur. Ramai lelaki lebih suka isteri atau kekasihnya cantik asli daripada cantik plastik. Tak cantik juga kalau tebal sangat letak "foundation"..tak natural..Kalau anda baca sampai habis anda akan tahu..cantik bukan cerita dongeng, yang penting atasilah masalah kulit anda. 


"The Ugly Duckling" cerita dongeng kanak-kanak yang saya suka baca "time" sekolah dulu.




Harap cantik kita kekal dan tak hilang bila jam 12 malam  macam "Cinderella" sebab make-up dah cuci sebab nak tidur.

Kalau penjagaan bermula seawal remaja, Insya_Allah, kulit akan ketara lebih sihat tanpa  cela pigmentasi. Tapi bagi yang belum sempat menjaga kulit tu, elok kalau anda memulakannya dari sekarang. Di antara vitamin untuk kulit yang penting adalah Vitamin C  (membekalkan kolagen untuk membaiki tisu yang rosak dan mengukuhkan sel kulit) dan Vitamin E (membebaskan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit seperti jeragat dan juga membantu menghilangkan parut). Protein (ESP) pula adalah bahan yang membantu mencantikkan kulit lagi sebab tisu-tisu kulit, rambut, kuku adalah terbina dari protein. Protein juga menggebukan, menganjalkan dan mencerahkan kulit.

Testimoni dari sorang customer yang nampak lebih cantik dan awet muda dari zaman mudanya...Masa umur 21 tahun nampak kulit dia kusam dan sedikit gelap dan tak "glowing". Selepas amalkan Vit E, Vit C dan ESP, dah macam cerita dongeng jadi lagi cantik, "confident" dan anggun. Kulit dia jadi cerah 2 tona. Badan pun lebih "slim". Kalau tak caya boleh tengok gambar kat bawah.


Memang kagum sebab dia konsisten dalam mengambil suplemen dan selepas 5 bulan hasilnya memang terbaik. Tapi bagi yang rasa cantik tu masih dalam angan-angan boleh "try" suplemen-suplemen Shaklee ni. Harap anda pun akan dapat hasil yang diidam-idamkan macam customer ni.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Kecil-kecil taugeh, banyak khasiatnya


kalau masak taugeh tak perlu lama-lama.


Sayur taugeh di antara sayur yang termurah. Macam-macam resepi yang boleh dicuba dengan taugeh, dari bihun goreng, masak lemak, kerabu, inti popiah, cucur udang dan banyak lagi. Waktu kecil dulu mak selalu buat kerabu taugeh campur kerang yang diadun dengan santan, kerisik, sambal belacan,bawang dan air limau. Memang sedap dan terbaik. Kecur liur bila teringat kerabu tu. Saya rasa anda sendiri ada banyak nostalgia berkaitan taugeh.

Contoh kerabu taugeh  yang macam mak buat,(foto :credit to Kimmyky.com)

Sebenarnya kecil-kecil taugeh dan mudah patah tu, ada banyak khasiatnya:-


  • Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. 
  • Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukemia. 
  • Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin(canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. 
  • Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) 
  • Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. 
  • Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. 
  • Selain sarat DNA, taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. 
  • Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser. 

  • Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih sel kanser.

Jadi selepas ni jangan pandang remeh pada taugeh yang kecil molek tu!.



Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Multivitamin pertama didunia...Vita-Lea

Multivitamin ni antara suplemen penting untuk kesihatan dalaman, multivitamin Shaklee adalah multivitamin yang pertama di dunia. Nak tahu serba sedikit tentang multivitamin ni jom baca artikel di bawah...

Wajah multivitamin dahulu



Artikel di majalah I-sihat



Apa yang terbaik tentang VITA-LEA????

Wajah Multivitamin sekarang


Vita-Lea® Iron Formula

Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
merah.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.



Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Isnin, 14 Januari 2013

Cara hilangkan bengkak cabut gigi



Baru-baru ni terpaksa cabut gigi geraham bawah..masalah gigi ni mula ada lepas bersalin anak kedua. Masa bersalin anak pertama takde masalah sangat. Selepas anak pertama, saya hamil tapi sebulan setengah saya alami keguguran dan banyak kehilangan darah. 3 bulan kemudian mungkin rezeki, saya mengandung lagi..dan Alhamdulillah kandungan kali ni selamat dan anak no.2 selamat dilahirkan bulan 11 thn 2011.Maybe jarak kehamilan yang terlalu rapat dan masalah keguguran buatkan badan cepat hilang kalsium walaupun saya sangat menitikberatkan pengambilan suplemen masa mengandung.  Lepas tu bermulalah masalah gigi berlubang, mula2 gigi geraham bongsu atas, lepas tu gigi bawah pulak. Masa cabut gigi atas takde masalah, sakit pun sekejap je..Baru-baru ni pergi cabut pulak gigi geraham bawah sebelah kiri. Aduhaii..memang tersangat sakit. Ambil masa dekat 2 jam baru boleh cabut, tu pun akar gigi yang ketiga terpaksa doktor tinggalkan dulu. Sakitnya tuhan jelah yang tahu, doktor yang cabut tu pun tengok penat sekali. Gigi geraham bawah memang kuat, tambah pulak gigi saya naik menyerong sikit, tu yang lagi susah nak cabut. Dah macam-macam alat doktor tu guna dari besar sampai ke kecik. 


Agaknya keadaan geraham saya macam gambar no.2 tu..


Lepas cabut gigi, satu badan terasa longlai,seram sejuk macam nak demam. Nak melangkah pun terasa macam nak pitam. Sebab banyak luka pada gusi, doktor gigi bagi antibiotik dengan ubat tahan sakit. Walaupun makan ubat tahan sakit, sakit dia tetap terasa. Sebelum balik doktor pesan

  • tak boleh minum minuman yang terlalu panas takut darah lambat berhenti
  • tak boleh makan benda keras
  • minum minuman yang berais lagi bagus sebab akan cepatkan darah berhenti
  • tak boleh usik bahagian yang dicabut dengan lidah atau jari takut terkena jangkitan.
Masa dalam perjalanan balik sempat minum minuman berais, terasa kurang sikit sakit, tapi sampai di rumah badan menggigil-gigil, terus berselimut dengan selimut tebal, terasa sejuk satu badan macam disimbah air ais. Dalam hati rasa takut jugak apahal rasa macam ni. Takut ada benda tak elok pulak. Dahlah anak kecik2 lagi.    Tapi tak lama rasa sejuk tu hilang, perut rasa lapar, tapi mulut sakit, nak makan pun jadi tak berselera. Semalaman tak boleh tidur, sakit bukan kepalang, makan ubat tahan sakit rasa macam makin sakit plak. Semua rasa tak kena,time ni suplemen yang dok makan hari-hari semua dah lupa nak makan. Esoknya mak aiii...bengkak pipi macam kena sengat tebuan, muka jadi besar sebelah, suami rasa lucu tengok tapi sebab tengok muka saya yang tak bermaya dia plak jadi risau, takut infection tu makin melarat, dia ajak ke klinik tapi sebab dah cuak, cakap kat husband tunggu 2 hari kalau bengkak tak surut baru pergi balik klinik. Sebab risau teringat Collagen Powder dengan Alfalfa Complex dah 2 hari tak makan, lepas makan...Alhamdulillah bengkak surut malam tu. Sakit pun dah kurang. Collagen bagus sebab dia baikpulih tisu2 yang tercedera dan Alfalfa Complex pun bagus jugak sebab klorofil dia antibakteria. So..infection tak merebakla...Jadi kalau sesiapa yang pergi cabut gigi bolehlah ambil collagen dengan alfalfa..untuk elak bengkak yang melampau "time" cabut gigi..dan Ostematrix untuk pastikan kalsium mencukupi dan tak payah cabut gigi lagi. 


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Selasa, 8 Januari 2013

Masalah jerawat besar-besar pada pipi

Jerawat ni ada yang jenis kecil (jerawat pasir) ada jerawat besar(jerawat batu). Masalah jerawat besar-besar dekat pipi ni bukan senang nak hilang. Ambil waktu berbulan-bulan, ada yang dah hilang, naik balik sebab bakteria dekat kawasan bermasalah "still" ada. Mesti tension sesiapa yang ada masalah camni. Sesetengah nak keluar rumah pun dah takde "mood". 

Masalah jerawat ni takkan selesai kalau setakat beli krim je...kena ada suplemen yang menyokong dari dalam. Macam sorang customer kalau tengok, memang banyak jerawat besar2 kat pipi dia. Tapi berkat konsisten dari bulan September 2012 ambil Vit E, Vit C, B-complex dan ESP. Keempat-empat suplemen ni membantu membaiki tisu-tisu yang rosak, menghilangkan parut-parut, mengecilkan pori-pori di wajah dan menggebukan serta mencerahkan kulit. Bulan Januari 2013 dia boleh tersenyum sebab muka dia hilang kesemua jerawat besar tu dan muka dia jadi licin dan "glowing". Ni gambar dia...

Berubah betul kan?kalau anda ada masalah yang sama suplemen-suplemen ni sangat membantu...boleh sms dekat 013-2995854 untuk pertanyaan atau pesanan. Harga istmewa untuk semua pelanggan di All Natural Supplement.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor

Sabtu, 5 Januari 2013

Rawatan sedut lemak bukan untuk kurus..


Sebelum dan selepas rawatan sedut lemak.
Saya rasa ramai yang terkeliru dengan rawatan sedut lemak atau liposuction. Mungkin ramai yang sangka dengan buat rawatan sedut lemak boleh kurus, sedangkan pembedahan sedut lemak lebih bertujuan mengembalikan bentuk tubuh dan bukan mengurangkan berat badan atau kolestrol dalam darah sebab lemak yang disedut terletak di bawah kulit.
Sebelum rawatan, badan akan ditanda terlebih dahulu.

Bukan semua layak buat liposuction ni, ada syarat-syarat untuk jalani rawatan ni :
  • Mempunyai berat badan normal atau lebih sedikit.
  • Mempunyai kulit anjal dan tegap. Individu yang ada masalah selulit tidak sesuai kerana kulit boleh alami ketidaknormalan akibat penyedutan terlalu banyak atau sedikit lemak pada bahagian tertentu.
  • Tahap kesihatan keseluruhan yang baik. Individu yang ada penyakit seperti kencing manis tidak dibenarkan menjalani kaedah ini kecuali jika penyakit mereka terkawal.
  • Mengalami masalah pengumpulan lemak pada bahagian tertentu yang sukar di atasi melalui diet dan senaman.


Individu yang tak boleh buat pembedahan ni :-

  • Individu yang menghidap penyakit seperti kencing manis.
  • tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. 
  • terlalu gemuk tidak layak dibedah kerana risiko pembedahan sangat tinggi.

Ini kerana individu yang menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko tinggi mengalami komplikasi, terutama jika penyakit tidak terkawal.

Individu yang alami gejala lemak viseral akibat kegemukan di pinggang (ukuran pinggang melebihi 90 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan), rawatan sedut lemak tidak menghilangkan masalah anda kerana lemak penyebab masalah ada di dalam abdomen.


Pembedahan sedang dijalankan.




Dapatkan doktor rawatan sedut lemak yang tepat

kalau nak buat rawatan ni kena kaji betul-betul supaya tak alami komplikasi disebabkan doktor yang buat liposuction tu tak bertauliah. Ada kes di mana pesakit muda yang dah buat rawatan mempunyai paha tidak simetri. Bahagian dalam pahanya melengkung gara-gara rawatan sedut lemak tidak dilakukan dengan teliti. Ia bukan saja memalukan, tetapi pahanya kelihatan cacat dan tidak sama besar.

Andai kata betul-betul serius nak buat liposuction cari doktor yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan khusus untuk pembedahan kosmetik, sama ada doktor berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Persatuan Pakar Bedah Plastik, Estetik dan Kraniomaksilofasial Malaysia (Mapacs).

Setiap orang yang mahu menjalani rawatan ini perlu berbincang dengan doktor dan faham prosedur yang akan dilakukan. Doktor akan memberitahu pilihan terbaik untuk masalah anda, kos dan hasil yang boleh dijangka. Malah ketika ini anda berhak melihat sijil dimiliki doktor.

Prosedur

Rawatan sedut lemak adalah selamat selagi ia dijalankan pakar yang ada peralatan lengkap iaitu sistem pemantauan (bagi memantau tekanan darah dan nadi), elektrokardiogram (ECG), alat intravena (IV) dan cecair titis sehingga sekurang-kurangnya dua liter.



Ada tiga peringkat rawatan ni iaitu menyedut kurang satu liter, satu liter atau lebih dua liter lemak. Bagi prosedur kecil (satu atau kurang daripada satu liter lemak) boleh dilakukan di klinik yang ada semua kemudahan di atas.


Bagi dua liter lemak, disaran dijalankan di hospital kerana bagi setiap liter lemak yang disedut, individu berkenaan kehilangan kira-kira 200 mililiter darah. Untuk prosedur besar (dua liter lemak), seseorang kehilangan sehingga 500 militer darah dan kehilangan ini perlu diganti dengan cecair titis sepanjang tempoh rawatan.Ngeri pulak bila difikir-fikirkan balik.

Sebelum pembedahan, ubat bius akan disuntik(setempat atau menyeluruh). Sebaik ubat bius bertindak, pembedahan dimulakan menggunakan alat penyedut yang dilekatkan dengan kanula (alat besi kalis karat).

Lebihan lemak disedut menggunakan pam penyedut atau jarum besar. Tempoh rawatan berbeza mengikut jumlah lemak disedut.

Selain itu jika berlaku komplikasi akibat penyakit lain, pesakit boleh dihantar terus ke unit rawatan rapi dengan segera untuk dipantau sepanjang masa. Jadi isu lambat mendapat rawatan susulan tidak timbul jika dijalankan di hospital walaupun kosnya lebih sedikit berbanding di klinik.


Kalau nak buat liposuction kali kedua kena tunggu 6 bulan sebab nak bagi peluang kepada badan untuk stabil dan semua kesan ubat bius, terutama ubat bius menyeluruh, hilang sepenuhnya. Tidak boleh jalani rawatan sedut lemak berulang kali dalam tempoh singkat. Mesti beri masa untuk badan berehat dan sembuh kerana ketika proses sedut lemak ada banyak sel yang cedera, maksudnya mestilah tersangat sakit masa buat rawatan yang pertama dulu. 



Memang kena fikir dalam-dalam sebelum buat keputusan selain risiko sewaktu pembedahan, kos dia pun mahal dan satu lagi sudah tentulah sakitttt..

Baik anda bersenam dan jaga pemakanan lagi selamat(takpun ambil set diet Shaklee lagi selamat dan semulajadi).Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Apa-apa pun tepuk hati tanya akal..


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854(pertanyaan/pesanan)

Free Auto Malaysia Backlinks