Ahad, 3 Mac 2013

Masalah kulit kusam boleh diatasi dengan KALSIUM?

Kulit kusam memerlukan penjagaan kulit yang menyeluruh. Ia bermaksud memberi perhatian kepada pembersihan harian dan pelembab, melakukan rutin senaman, mengambil cecair yang mencukupi serta pemakanan yang seimbang. Bukan Vitamin A, C dan vitamin B sahaja yang memberi pengaruh besar pada kulit, tetapi kalsium juga mempunyai peranannya yang tersendiri untuk kulit. Kekurangan kalsium juga rupanya boleh menyebabkan kulit kusam muncul. Jadi, masalah kulit kusam juga boleh diatasi dengan kalsium yang cukup pada tubuh. Info penuh anda boleh baca dibawah:

Kalsium juga boleh elak kulit kusam dan penuaan pra-matang.

Struktur kulit

Kulit anda terdiri daripada pelbagai lapisan dengan fungsi yang berbeza. Kalsium sangat penting pada lapisan atas kulit atau epidermis. Epidermis membentuk halangan yang sering dipanggil halangan lipid. Ia melindungi tubuh daripada jangkitan, kecederaan, dehidrasi dan tekanan luaran, seperti pencemaran. Sel-sel utama dalam epidermis, dipanggil keratinosit, terdiri daripada protein, enzim dan lipid. Kalsium membantu anda mengelakkan kulit kering dan kulit kusam dengan mengawal enzim-enzim penting dan lipid.


struktur asas kulit



Kalsium kawal kelembapan kulit


Lipid lemak tidak larut dalam air, jadi halangan lipid melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan dan membantu menjaga kulit anda supaya kekal dalam keadaan yang baik. Sebagai penghalang ia akan menyesuaikan kulit dengan perubahan dalam persekitaran, kalsium mengekalkan jumlah lipid yang betul pada pada kulit dengan merangsang pengeluaran mereka berdasarkan jumlah yang diperlukan. 
  • Satu contoh bagaimana kalsium berfungsi terhadap kulit ialah apabila kelembapan udara adalah rendah, ia memberitahu badan untuk meningkatkan jumlah lipid. Bila itu terjadi, Epidermis akan menebal dan menghalang lembapan daripada meninggalkan kulit anda. Kekurangan kalsium boleh mengganggu pengekalan halangan lipid, yang membawa kepada kulit kering dan berisiko ke arah penuaan pra-matang, psoriasis atau dermatitis. Kalsium yang rendah pada kulit juga mungkin meningkatkan risiko kanser kulit.

Kalsium kawal pembaharuan sel

Epidermis mesti sentiasa bertindak balas kepada perubahan dalam persekitaran dan pembaharuan sel. Kalsium adalah sebahagian daripada  yang mengawal proses pertumbuhan semula daripada keratinosit dengan memberitahu badan sama ada ia perlu untuk meningkatkan atau mengurangkan sel-sel dan bila sel perlu dihasilkan. Kulit kekal sihat melalui pembaharuan sel berterusan. Kekurangan kalsium mengganggu pengelupasan normal pada kulit, meninggalkan lebih banyak lapisan sel-sel mati dan menyumbang kepada kulit kusam.



Kalsium kawal antioksidan

Katalase merupakan antioksidan yang penting pada seluruh tubuh anda dan  merupakan antioksidan yang utama dalam kulit. Dengan mendapatkan lebih banyak antioksidan dalam diet anda, akan menyokong keupayaan kulit anda untuk melawan kesan kerosakan cahaya matahari dan lain-lain pencemaran alam sekitar. Banyak sumber menyatakan bahawa kalsium mengawal catalase tetapi, bagaimana ia berfungsi belum dapat diperincikan sepenuhnya. Kalsium sememangnya mempunyai peranan dalam fungsi antioksidan, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan peranan yang setepatnya pada kulit.



Berdasarkan fakta-fakta di atas sememangnya bagus jika anda memastikan tubuh anda mendapat kalsium yang secukupnya supaya kulit kekal sihat dan tidak kusam. Tak rugi sekiranya anda menjadikan suplemen tambahan seperti kalsium didalam diet seharian anda.


(sumber : http://www.livestrong.com/article/553429-dull-skin-and-calcium-deficiency/)

OSTEMATRIX terbaik untuk sumber kalsium anda dan mudah diserap oleh badan tanpa kesan sampingan. 1 biji Ostematrix menyamai segelas susu berkalsium tinggi. Ia mempunyai sijil kelulusan daripada KKM dan sijil sah halal dari Jakim. Jika anda ingin info lanjut boleh sms ke 013-2995854


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Berminat mendapatkan Ostematrix? Sila hubungi :
Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor 887424
sms/call 013-2995854

Sabtu, 2 Mac 2013

Tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium

Mungkin ramai yang tak sedar tubuh mereka kekurangan kalsium. Kekadang corak pemakanan kita yang lebih mementingkan rasa dari khasiat menyebabkan masalah itu terjadi ditambah lagi dengan faktor-faktor lain yang menjadi pemangkin pengurangan kalsium pada tubuh. Pada umur 20 tahun, kalsium pada tubuh manusia akan mengurang sebanyak 1% dalam setahun, pada umur 50 tahun jumlah kalsium akan menyusut lagi sebanyak 30% dan kehilangan kalsium boleh mencapai 50% pada umur 70 tahun. Berikut adalah tanda-tanda tubuh anda kurang kalsium.

Adakah anda ada tanda-tanda dibawah?

1) pada otot dan saraf:

  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki. 
  • Kejang otot 
  • Wheezing(pernafasan berdehit) 
  • Susah menelan 
  • Suara berubah akibat laryngospasm



2) pada saraf sahaja :
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti 
  • Letih 
  • Sawan 
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal


3) pada jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung dan cepat penat

4) pada kulit, rambut dan kuku:
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering

5) Tanda-tanda kekurangan kalsium secara umum: 
  • Kekejangan atau "kram" otot 
  • sukar/susah nak tidur 
  • Perasaan berdebar-debar 
  • Eczema (penyakit kulit) 
  • Rapuh kuku 
  • Sakit Sendi 
  • Tekanan darah tinggi 
  • Gigi reput 
  • Paras Kolestrol tinggi 
  • Kebas-kebas kaki dan tangan 
  • Rheumatiod arthritis 
  • Rickets



RETAIL PRICE EM/WM : RM61.00 (120 BIJI)



Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama magnesium, vitamin D dan zink. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran ketiga-tiga unsur itu . Kekurangan magnesium pula memberi kesan kepada kemampuan tubuh untuk mengawal penggunaan kalsium. Dicadangkan mengambil Ostematrix kerana ia lengkap dengan kalsium, vitamin D, Magnesium dan Zink. 


  • Ostematrix (lengkap dengan Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



Testimoni: "Suami tak mengeluh kaki lenguh lagi"



Untuk info lanjut mengenai Ostematrix hubungi:

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424|sms/call:013-2995854

Jumaat, 1 Mac 2013

Tips Turunkan Berat Badan - Tambahkan KALSIUM dalam Diet anda

Macam-macam cara yang digunakan untuk kurus.Tapi walau apa pun cara yang digunakan, paling penting ianya harus selamat dan tak meningalkan kesan sampingan kepada pengamalnya. Hasil kajian daripada beberapa penyelidik mendapati salah satu cara untuk turunkan berat badan adalah dengan tambahkan KALSIUM di dalam diet rendah lemak. 

Kalsium amat membantu dalam proses kurangkan berat badan

Mengapa KALSIUM boleh turunkan berat badan?


Kajian menunjukkan bahawa mengambil tiga atau empat hidangan harian produk tenusu rendah lemak - yang berkalsium tinggi boleh membantu menyesuaikan jentera pembakaran lemak badan anda.


Pastikan anda memilih sumber kalsium yang rendah lemak kalau anda dalam proses turunkan berat badan 

Dalam kajian mereka yang lalu, Michael Zemel, PhD, pengarah Institut Pemakanan Universiti Tennessee di Knoxville dan rakan-rakan penyelidiknya telah menunjukkan bahawa kalsium yang disimpan di dalam sel-sel lemak memainkan peranan penting dalam mengawal selia bagaimana lemak disimpan dan dipecahkan oleh badan. Jika badan mendapati banyak kalsium yang terdapat di dalam sel lemak, lebih banyak lemak akan dibakar.  

Jika tidak dapat mengambil produk tenusu rendah lemak, boleh gantikan dengan suplemen KALSIUM tetapi pastikan suplemen tersebut turut mengandungi VITAMIN D, ZINC dan MAGNESIUM supaya tubuh dapat menyerap kalsium dengan lebih baik.

[sumber: http://www.webmd.com/diet/news/20000417/calcium-low-fat-diet]

Kajian kedua pula di Fakulti Perubatan Université Laval  membuat penemuan dalam program 15 minggu turunkan berat badan yang dijalankan ke atas wanita gemuk. Para peserta yang terdiri daripada  mereka yang purata kurang daripada 600 mg pengambilan kalsium  setiap hari, manakala  pengambilan harian yang sepatutnya adalah 1000 mg. Di samping mengikuti diet rendah kalori , wanita-wanita itu jua telah diarahkan untuk mengambil dua tablet kalsium sehari yang mengandungi sebanyak 1200 mg kalsium atau plasebo. Mereka yang mengambil tablet kalsium hilang hampir 6 kg sepanjang program, berbanding 1 kg bagi wanita dalam kumpulan kawalan.

"Hipotesis kami adalah jika otak mengesan kekurangan kalsium, ia akan mengimbangi dengan merangsang pengambilan makanan, yang jelas mengganggu matlamat mana-mana program penurunan berat badan," kata Angelo Tremblay, pemegang Kerusi Penyelidikan Kanada dalam Alam Sekitar dan Imbangan Tenaga. "Pengambilan kalsium yang mencukupi seolah-olah menyekat keinginan untuk makan lebih," katanya.


Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah penting untuk memastikan kejayaan mana-mana program penurunan berat badan. Menurut penyelidik, lebih 50% daripada wanita gemuk yang datang ke klinik pasukan penyelidikan, pengambilan kalsium harian mereka adalah tidak seperti yang disyorkan.

[sumber : http://www.medicalnewstoday.com/releases/142198.php]

OSTEMATRIX Lebih daripada KALSIUM

Pengambilan 2-4 biji Ostematrix adalah bertepatan dengan saranan di atas bagi mereka yang ingin proses berat badan mereka berjaya seperti yang mereka ingini. Ostematrix mengandungi 1000 mg Kalsium bersama magnesium, vitamin D dan Zink. Ia juga mengandungintembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Sumber Kalsium yang terbaik.
Selain untuk untuk menjayakan proses turunkan berat , Ostematrix juga sangat bagus untuk mengelakkan  Osteoporosis, kebas-kebas, kesihatan gigi, untuk pesakit buasir (ia melancarkan pembuangan air besar) dan juga untuk pesakit gastrik (ia membantu meneutralkan asid di dalam perut). Sebarang info lanjut mengenaik Ostematrix boleh sms ke 013-2995854.

Faizah Zain
SID 887424


Khamis, 28 Februari 2013

Atasi Masalah Lenguh-Lengguh atau Kebas dengan ESP

Kekadang kita akan terasa lenguh-lenguh badan dek kerana pelbagai faktor. Tambah-tambah bila usia mula menginjak ke angka 30 dan bagi wanita terutamanya yang dah pernah mengandung dan bersalin, kalau   masa berpantang tak betul-betul jaga pemakanan, badan mudah diserang penyakit lenguh-lenguh ni. Seorang customer share cara nak atasi lenguh-lenguh dengan ESP. Jom baca..

Ramai yang berhadapan dengan penyakit lenguh-lenguh ni.
Sebelum tu nak tahu tak sebab apa rasa lenguh-lenguh/kebas ??
  1. Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.
  2. Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.
  3. Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah.
  4. Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan  (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
  5. Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.
  6. Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.
  7. Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.


Sharing dari customer 

Menurut customer ni, ibunya yang berusia 68 tahun suka lenguh-lenguh dan sukar nak solat..Lepas amalkan ESP..Alhamdulillah penyakit lenguh ibunya hilang dan masalah sukar nak bergerak masa solat juga dah takde. Ni testimoni daripada Aini Nadia Afaf
 =======================================================================

Sebelum tido..saya just nak share utk semua tentang ESP ni..

Ni gambar ibunya - Thanks to Aini Nadia Afaf


Kebanyakan supplement vitamin bagai, just untuk cantik...
Tapi bagi ESP ni bukan sahaja utk cantik, tp MAIN item untuk kebanyakan penyakit..
Sebelum ni, mak saya cakap..jari kaki n kaki ada lenguh2..pastu saya suruh mak minum ESP ni..
then malam tu mak cakap, sekarang kaki da xde lenguh2 lagi..nk solat pun senang..masa tu mak baru minum 2-3 kali ESP ni ye..

Esok pagi tu,mak nak tgk apa lagi khasiat ESP ni..kalau nk cerita kat mak, takut mak xfaham, so, saya bg la ipad ni suruh mak tgk semua produk SHAKLEE..
Lps mak baca tu, terus mak amik 1tab ESP..
Utk pengetahuan semua mak saya skrg berusia 68 tahun ye..
Alhamdulillah, masih sihat.. Cuti CNY baru ni siap g holiday..

Tu dia.. Penangan ESP..
Kaki da sihat..

p/s: lepas ni mak cakap nak amik vit E plak..sb nak hilangkan jeragat..

=======================================================================


Sebab apa ESP bagus?



ESP bagus untuk kesihatan kerana Asid Amino di dalam ESP adalah zat  yang diperlukan untuk membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. Ia juga membekalkan kalsium, 4 mineral penting dan vitamin B penting untuk elak masalah lenguh-lenguh atau kebas pada otot-otot badan. Untuk info lanjut boleh sms 013-2995854.

Faizah Zain
SID 887424

Selasa, 26 Februari 2013

Cara Penjagaan Kuku yang betul dan Petunjuk penyakit melaluinya

Kuku ialah keratin iaitu sejenis protein yang keras yang juga boleh dijumpai di dalam rambut dan kulit. Dalam bidang perubatan, kuku juga boleh mempamerkan tahap kesihatan seseorang. Mungkin kekadang kita boleh perasan sendiri perubahan kuku kita sendiri. Di sini dikongsikan cara penjagaan kuku yang betul dan petunjuk penyakit melaluinya.


Kuku perlukan penjagaan yang betul.



Cara penjagaan kuku yang betul

Berikut adalah beberapa panduan mudah dalam penjagaan kuku:-

  • Jangan salah gunakan kuku. Untuk mencegah kerosakan, jangan gunakan kuku sebagai alat untuk mencungkil, menebuk, atau mengumpil sesuatu.
  • Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi kerana kuku mudah rosak jika tidak mendapat  kalsium yang mencukupi. Ostematrix di antara suplemen yang bagus untuk diamalkan .
2 biji Ostematrix sudah mencukupi untuk kalsium kuku anda.

  • Jangan gigit kuku anda atau mengorek kutikel. Perbuatan ini boleh merosakkan isi kuku. Bahkan torehan yang kecil di hujung kuku akan membenarkan bakteria atau kulat masuk dan mengakibatkan jangkitan. Oleh sebab pertumbuhan kuku yang perlahan, kuku yang cedera meninggalkan kesan yang lama sehingga beberapa bulan.
  • Lindungi kuku anda. Pakai sarung tangan yang selamat apabila menggunakan air sabun serta bahan kimia dalam jangka masa yang lama.
  • Lakukan penyelenggaraan. Rapikan kuku dan bersihkan bahagian di bawah kuku selalu. Gunakan pengetip kuku yang tajam dan kertas emeri yang sesuai untuk melicinkan kuku. Jangan sesekali menarik kuku yang separa terpotong kerana melakukannya selalu boleh menyebabkan kulit terkoyak.
  • Lembapkan kuku selalu kerana kuku juga perlu dilembapkan seperti kulit.

Petunjuk disebalik kuku

Berikut  pula merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu anda mengesan sesuatu penyakit:
  • Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
  • Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
  • Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
  • Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
  • Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
  • Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
  • Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema(gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.
Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan struktur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang dapati dia mempunyai tanda-tanda di atas, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan untuk kenalpasti dengan lebih lanjut  masalah kesihatan yang setepatnya .

Faizah Zain
SID 887424
SMS 013-2995854

Sabtu, 23 Februari 2013

Rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu..

Dalam banyak-banyak artis tempatan, Dato' Siti Nurhaliza adalah di antara artis yang saya sering ikuti perkembangannya dari bangku sekolah sampailah sekarang. Dulu, kalau majalah yang ada muka Dato' Siti mesti nak beli punya. Bagi saya, selain kemerduan suaranya, Dato' Siti di antara artis yang mempunyai kulit yang halus dan cantik. Tertanya-tanya juga dulu apa yang Dato' amalkan untuk dapat kulit cantik macam tu. Daripada beberapa sumber yang saya temui, di sini saya kongsikan rahsia kecantikan Dato' Siti Nurhaliza yang mungkin ramai nak tahu.


Gambar ketika menyambut hari lahirnya yang ke -34


Dato' Siti dan Suplemen tambahan

Melalui sumber yang saya temui, Dato' Siti adalah seorang yang mementingkan penjagaan dalaman. Suplemen tambahan hariannya ialah seperti vitamin C,E, antioksida dan B-Complex. Beliau juga menjadikan amalan meminum susu sebagai amalan hariannya untuk memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi. Selain itu untuk menaikkan seri wajah, Dato' Siti akan berselawat setiap kali mencuci muka (sumber asal di sini). Beliau juga mengamalkan vitamin Bawang putih dan spirulina untuk kesihatan perut dan stamina (sumber asal di sini)

Memang benar vitamin C, E dan B-Complex adalah di antara vitamin asas untuk mendapatkan kulit yang cantik. Manakala vitamin bawang putih dan spirulina bagus untuk kesihatan berkaitan organ-organ dalam tubuh. 
  • Vitamin E : membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu
  • Vitamin C : membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Juga mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit
  • B-Complex : membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam
  • vitamin Bawang Putih : melambatkan penuaan dan di dalam bawang putih itu sendiri mempunyai vitamin A, B dan C
  • Spirulina: untuk kesihatan dalaman tubuh.
Mungkin terdapat pelbagai pilihan suplemen di pasaran namun pastikan anda memilih suplemen dari sumber semulajadi, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan ada sijil sah halal. Biarlah cantik dan sihat  itu seiring. Oklah, cukup sampai sini dulu..lain kali saya akan ceritakan pula pasal petua tradisonal yang Dato' Siti amalkan.

Faizah Zain
SID 887424
sms 013-2995854 


Lokasi Jerawat Petunjuk Penyakit ??

Mungkin ramai yang beranggapan masalah jerawat sekadar masalah ketidakseimbangan hormon atau masalah pori-pori tersumbat akibat tisu-tisu sel yang lama bersama minyak dan bakteria. Sebenarnya kedudukan lokasi jerawat petunjuk bagi masalah-masalah yang berkaitan di dalam badan.



Lokasi jerawat disebabkan faktor-faktor tertentu.

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  • 1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
  • 3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 
  • 4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
  • 6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
  • 8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
  • 9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
  • 11&12: Hormon – Stres dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran. ( boleh ambil B-complex kerana ia anti-stress)
  • 13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba. (boleh ambil Alfalfa kerana ia bagus untuk usus)
  • 14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif. (boleh ambil vitamin C untuk tingkatkan ketahanan badan anda)
Jadi sekiranya ada jerawat tumbuh di wajah anda, perhatikan lokasinya kerana ia dapat membantu anda mengatasi masalah dalaman di dalam tubuh anda. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Faizah Zain 
SID 887424
sms 013-2995854


Free Auto Malaysia Backlinks