Ahad, 22 September 2013

Tips Haluskan Kulit dengan Skrub Buat Sendiri di Rumah

Kalau nak dapatkan kulit yang halus mungkin ramai yang terbayangkan Spa yang mungkin nilai rawatannya beratus-ratus ringgit. Tetapi sebenarnya banyak bahan-bahan kita kat dapur yang boleh kita guna untuk buat skrub sendiri di rumah. Skrub yang saya nak kongsikan ni mudah saja nak buat dan tak pakai modal yang besar pun dan bebas bahan kimia. Sesetengah bahan dah memang ada pun kat depan mata, cuma perlukan sedikit kerajinan untuk buat skrub ni. Jom cuba buat tips haluskan kulit ni dengan " Coffee and Cinnamon Body Scrub".




" Coffee and Cinnamon Body Scrub"

Bahan-bahan :

3 sudu besar gula
3 sudu besar serbuk kopi
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar minyak zaitun/badam/grapeseed (terpulang kepada individu)

Cara-caranya:




  • Campurkan bahan-bahan yang kering (gula,serbuk kopi dan serbuk kulit kayu manis) dalam mangkuk. Aduk dengan sudu agar tercampur sekali.
  • Masukkan minyak dan adunkan sebati. Kalau mahukan skrub yang lebih cair anda boleh tambahkan sedikit lagi minyak. Terpulang kepada masing-masing.

  • Gunakan skrub ini ketika mandi dan disapukan ke seluruh badan dengan membuat urutan membulat untuk singkirkan sel-sel kulit yang mati dari tubuh. Mandi dengan menggunakan air suam untuk singkirkan skrub dari tubuh. Anda akan mendapati kulit anda terasa lebih lembut dan harum.
  • Lebihan skrub boleh disimpan di dalam bekas bertutup dan tahan untuk 2 minggu.
SELAMAT MENCUBA

SUMBER:http://makeupandbeauty.com/coffee-cinnamon-body-scrub/

Faizah Zain |Shaklee Independent Distributor 887424| sms :013-2995854



Sabtu, 21 September 2013

Cara Turunkan Berat badan bagi Ibu Menyusu (Breastfeeding)

Bagi ibu menyusu mungkin terpaksa berhati-hati jika ingin ambil apa-apa jamu, ubat kuruskan badan atau herba untuk menurunkan berat. Ini disebabkan bayi yang menyusu akan terkesan sekali akibat pengambilan herba/jamu / ubat kuruskan badan yang panas atau yang meninggalkan kesan sampingan contohnya seperti cirit-birit atau alergi pada kulit bayi. Saya syorkan di sini cara turunkan berat badan bagi ibu menyusu (breastfeeding) yang lebih selamat tanpa memberi kesan sampingan pada bayi anda.



Set Penyusuan + Lecithin / Omegaguard


Set penyusuan selain berfungsi sebagai "milk booster"  dan memberi teanaga kepada ibu menyusu, ia juga membantu ibu-ibu yang ingin turunkan berat badan kerana di dalam set ini terdapat :-

  • Alfalfa : berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan. Di samping tu, kalau anda makan ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit. Selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.
  • ESP : yang membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Lecithin dan Omegaguard yang membantu menurunkan berat badan




Lecithin : Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn.

Atau



Omegaguard : Selain penting untuk perkembangan otak, omega-3 juga berperanan dalam penurunan berat badan. Mengikut kajian oleh American Journey of Physiology, Endocrinology & Metabolism, pengambilan omega-3 yang konsisten menurunkan paras lemak dan tindakbalas badan terhadap leptin. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, berinteraksi dengan bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan kenyang.

Leptin yang bermutasi menyebabkan seseorang itu sering berasa lapar. Keadaan ini menjadi penyebab kepada obesiti. 

Testimoni daripada Puan Marina Mahathir


Berminat mendapatkan suplemen di atas? Hubungi

Faizah Zain | Shaklee Independent Distributor 887424 | sms :013-2995854

Jumaat, 20 September 2013

Rahsia Jiran Kekal Cergas dan Bertenaga Sewaktu Hamil

Alhamdulillah jiran di depan rumah dah selamat melahirkan bayi perempuan. Comel sangat "baby" macam ibu dia jugak. Nama "baby" pun comel juga Nur Dhiya Amanda. Apa yang saya ingin kongsikan adalah rahsia jiran yang kekal cergas dan bertenaga sewaktu hamil.




Kerja jiran saya sebagai seorang anggota keselamatan menyebabkan kekadang perlu kerja lebih masa. Masa pilihanraya hari tu, dia terpaksa bekerja 12 jam. Tetapi "still" nampak cergas dan aktif walau bekerja lebih masa dan terpaksa turun naik pejabat setinggi 3 tingkat. Masalah Hb rendah pun tak ada. Semasa bulan puasa hari tu pun dia dapat berpuasa penuh, walaupun dia jenis yang tak suka makan berat-berat bila bersahur, sekadar mengambil kurma dan ESP sahaja untuk sahur. Sebenarnya jiran saya konsisten mengambil set kehamilan Shaklee bersama ESP dari awal kehamilan sampailah di dalam pantang dia tetap amalkan suplemen dari Shaklee. Alhamdulillah bukanlah hendak "mengangkat-angkat" kelebihan Shaklee, sekadar berkongsi jika ada yang tercari-cari set kehamilan sewaktu mengandung.


Berminat mendapatkan Set Kehamilan Shaklee ? Hubungi :

Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms : 013-2995854

Cara Kawal Tekanan darah Tinggi dan Kesihatan Jantung dengan Koenzim Q10 (CoQ10)

Selalunya penyakit darah tinggi dan sakit jantung saling berkait. kalau seseorang tu ada penyakit darah tinggi, lama-kelamaan pasti akan mengalami juga sakit jantung. Sebab dua-dua penyakit ni berkait dengan tekanan darah. Jadi bagi yang tidak mengalami penyakit-penyakit ini, jangan pandang remeh, jagalah pemakanan anda bermula sekarang dan kawal faktor-faktor yang menyebabkan penyakit-penyakit ini. Bersyukurlah kita kerana dengan kemajuan sains dan teknologi, terdapat pelbagai cara untuk kawal tekanan darah tinggi dan kesihatan jantung yang sangat menakjubkan.




Kira-kira 43 peratus rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996, tambah beliau dalam ucapan pembukaan di Mesyuarat Tahunan Saintifik Ketujuh Persatuan Hipertensi Malaysia.

Di Malaysia, penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan. Presiden Persatuan Jantung Nasional (NHAM) Dr. Sim Kui Hian berkata negara ini kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh penyakit-penyakit kardiovaskular.


(Sumber:Utusan malaysia)


Cara Untuk Mengelak Daripada Serangan Darah Tinggi & Kesihatan Jantung


  • Jangan merokok

  • Kekalkan berat badan yang sihat

  • Bersenam secara kerap

  • Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana lima hari seminggu.

  • Makan makanan yang sihat

  • Makan lebih banyak buahan dan sayuran yang segar

  • Kurangkan pengambilan garam

  • Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar

  • Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol.

  • Ambillah suplemen Koenzim Q10 (CoQ10)


  • Apa Itu Koenzim Q10 (CoQ10)?
    • sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia.
    • perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular.
    • jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. 
    • semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10.
    Peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga & jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan.

    Coenzyme Q10 adalah ‘Pencetus’ yang membolehkan sel-sel tubuh menghasilkan tenaga untuk memelihara kehidupan. Kemampuan tubuh untuk menghasilkan dan mengagihkan bahan mirip vitamin ini menurun kerana faktor umur meningkat, atau akibat timbul pelbagai penyakit, kekurangan nutrien dan tekanan (stress). Oleh yang demikian, fungsi-fungsi sel akan gagal akibat kekurangan nutrien yang penting ini.

    Kelebihan dan Keajaiban Koenzim Q10 (CoQ10)

    1.Peningkatan Tenaga – Laporan maklumbalas bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan waktu tidur. Ini disebabkan fungsi Coenzyme Q10 yang dapat memproseskan tenaga dan memanfaatkan oksigen di antara setiap sel dalam badan kita.


    2.Pencegahan Penyakit Jantung - Kajian dari Jepun telah membuktikan bahawa Coenzyme Q10 dapat meningkatkan keupayaan sel-sel jantung untuk menghasilkan tenaga, dimana kekurangan oksigen akan melambatkan kecekapan jantung. Coenzyme Q10 juga dapat dikaitkan untuk merawat penyakit-penyakit seperti penyakit jantung valvuler, angina pectoris, penyumbatan arteri koronari dan infeksi miokardial.

    Penyelidikan di Jepun juga telah membuktikan bahawa pengambilan Coenzyme Q10 dalam diet dapat mengurangkan tekanan darah tinggi di antara pesakit darah tinggi. Salah satu penemuan terbaru yang paling menarik seolah-olah tiada penamat kepada keistimewaan Coenzyme Q10 ialah keupayaannya untuk melindungi fungsi-fungsi tubuh dan organ ketika melalui kaedah pembedahan.

    Keajaiban Coenzyme Q10 dalam jantung

    Impedance Cardiography adalah teknik perubatan terbaru untuk mengukur kecekapan jantung mengepam darah. Dr. Carl FOrker, Pengarah Institut Kajian Biokimia di University of Texas serta pasukan penyelidiknya menetapkan purata jantung sihat mengepam 7.28 liter darah seminit. Pasukan penyelidik Dr. Forker menjalankan satu ujian terhadap pesakit-pesakit yang mempunyai masalah jantung serius dan secara purata jantung mereka mengepam hanya 2.72 liter darah seminit. Selepas kumpulan ini mengambil Coenzyme Q10 untuk beberapa bulan, puratanya meningkat kepada 3.385 liter seminit. Peningkatan 24% tanpa sebarang bentuk rawatan lain.


    3. Memanjangkan Jangka Hidup/Hayat – Coenzyme Q10 dapat memanjangkan jangka hidup sebanyak 65% ke atas haiwan yang diuji di makmal disamping mengekalkan kesihatan dan penampilannya. Oleh itu, Coenzyme Q10 adalah satu-satunya teknik praktikal terkini yang dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menyerlah wajah yang muda.


    4. Penyakit Gusi/Periodontal – Pengambilan Coenzyme Q10 dengan ketaranya dapat mengurangkan penyakit tisu gusi, di mana Coenzyme Q10 dapat melambatkan proses yang menyebabkan penyakit gusi. Penyakit gusi juga menyebabkan kehilangan gigi di kalangan orang dewasa berbanding dengan penyakit gigi yang lain. Didapati bahawa satu dari setiap 4 orang kehilangan gigi mereka akibat penyakit gusi sebelum mereka mencapai umur 60tahun.

    5. Peningkatan Sistem Immunisasi Tubuh – Sistem immunisasi yang lemah boleh menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kanser dan AIDS atau yang lebih ringan seperti alahan atau jangkitan yang minor. Untuk mengelakkan keadaan ini, tubuh memerlukan kerjasasama berjuta-juta sel untuk mencegah penyakit.

    Kebanyakan kesan penuaan juga boleh dikaitkan kepada kegagalan sistem immunisasi. Secara kebetulan, penuaan potensi sistem immunisasi seiring dengan ketidakupayaan badan membekalkan Coenzyme Q10 secara dalaman. Jika kita berupaya mengekalkan prestasi sistem immunisasi di usia yang semakin lanjut dimana potensi sistem immunisasi menurun dengan cepat, kita bukan saja boleh melanjutkan kualiti hidup tetapi kuantitinya juga.

    6. Penurunan Berat Badan – Secara semulajadi, apabila anda meningkatkan metabolisme melalui senaman dan juga akan meningkatkan permintaan untuk tenaga. Sekaligus tubuh akan menyebarkan cadangan untuk mencapai tenaga segera yang disimpan dalam sel-sel lemak. Melalui proses ini, simpanan lemak berkurangan dan terbukti secara jelas berat badan menurun. Terdapat satu lagi cara untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar metabolik anda dalam sel. Beberapa ahli saintis percaya bahawa berat badan dikalangan pesakit obesiti dapat diatasi dengan bantuan Coenzyme Q10. Kajian bersama University of Texas dan University of Antwerp dan Belgium menunjukkan pesakit obesiti mampu mengurangkan berat badan dengan menambahkan Coenzyme Q10 dalam diet. Menurut kajian mereka juga, pesakit obesiti berkurangan kira-kira 50% Coenzyme Q10 dalam tubuh mereka.


    credit to:http://www.doktormalaya.com/coq10/


    CoQHealth™ Plus Shaklee
    Klik untuk besarkan imej.


    CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. 

    CoQ10 telah ditunjukkan dapat:

    • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung.

    • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL.

    • Meningkatkan peredaran darah.

    • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.


    Berminat mendapatkan CoQHealth Plus ? Hubungi :

    Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms : 013-2995854

    Khamis, 5 September 2013

    Masalah Jerawat akibat Hormon dan Masalah Kesuburan

    Jerawat yang sering muncul di wajah disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya adalah akibat ketidakstabilan hormon di dalam badan yang turut mengundang masalah kesuburan atau sukar hamil. Walaubagaimanapun masalah jerawat akibat hormon dan masalah kesuburan dapat diatasi serentak dengan pengambilan suplemen yang bersesuaian.

    Masalah hormon di antara penyebab jerawat.

    Masalah PCOS dan Hormon Testosteron
    • PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) biasanya dikenali juga dengan nama Stein Leventheal sindrom, adalah masalah hormonal pada wanita yang boleh menyebabkan beberapa gejala penyakit.
    • Kandungan hormon LH (Luteinizing Hormone) adalah tinggi sedikit di dalam darah penderita PCOS berbanding daripada FSH (Follicle Stimulating Hormone). Kedua hormon ini seharusnya sesuai dan seimbang jumlahnya untuk memperbesarkan folikel sel telur. Namun kerana kandungan LH lebih tinggi dalam darah ini menyebabkan insulin dalam tubuh juga tinggi dan mempengaruhi perkembangan folikel sel telur. Ovarium menebal dan menyebabkan sel telur terperangkap tidak boleh keluar ke tiub fallopian untuk dibuahi sehingga tidak terjadi infertilitasi ataupun menstruasi. LH tinggi juga menyebabkan tingginya hormon testosteron. Hormon testosteron berlebihan pada wanita mengakibatkan tumbuhnya jerawat dan masalah tumbuhnya rambut.

    Selain itu, penderita PCOS mempunyai resiko untuk mendapatkan penyakit :

    • Type 2 Diabetes
    • Jantung
    • Tekanan Darah Tinggi
    • Kolestrol
    • Kanser Endometrium
    Rahsia hamil dan hilang jerawat dengan set kesuburan

    Sesuai juga digunakan untuk masalah jerawat akibat hormon.

    Bagi puan Fieza yang mengambil set kesuburan untuk kehamilan hasilnya amat berbaloi kerana selain hamil, kulitnya juga bebas daripada masalah jerawat


    TESTIMONI PUAN FIEZA:

    "Sblm ni fieza nk kuar/keje, make-up mmg kena tebal2 sb nk tutop jerawat expecially kt dagu...mmg hormon fieza sblm ni x ok, jerawat selalu turun naik. Mmg malu la tgk muka sendiri. rasa x confident berhadapan dgn org lebih2 dgn suami pun fieza segan.."

    "Selepas hampir 5-6 bulan mencuba Shaklee dgn konsisten suami tegur jerawat dh x naik lg la kt dagu. Muka semakin bersih. Terasa gembira dgn pujian itu ."

    "Alhamdulillah slps hormon semakin baik, fieza pun hamil dgn Set Kesuburan Shaklee disamping kulit semakin bersih terhindar dr jerawat dgn Set Kecantikan Shaklee..."

    "Actually set ni dh jadi mcm 3 in 1...Cantik Subur & Hamil...
    Shaklee mmg terbukti bole merawat hormon n kembalikan wajah kite menjadi lebih bersih n terhindar dr virus jerawat. Preggy mom pun bole nmpak lg berseri nt ..."

    Berminat mendapatkan Set Kesuburan ? Hubungi :

    Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms : 013-2995854

    Isnin, 26 Ogos 2013

    Rahsia kurus dan cantik macam Soo Wincci

    Macam-macam petua untuk cantik dan kurus macam selebriti. Kali ini saya nak berkongsi rahsia kurus dan cantik macam Soo Wincci. Mungkin ramai yang tidak tahu Soo Wincci juga pernah mengalami masalah berat badan ketika remajanya. Jom kita korek rahsia beliau yang cantik dan menawan tu.



    Rahsia kecantikan Soo Wincci


    Wajah Miss World Malaysia yang ke-41 ini tidak lagi asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Semenjak menyertai MasterChef Selebriti musim pertama, nama wanita berusia 28 tahun ini terus mendapat tempat bukan sahaja bagi masyarakat Cina, bahkan masyarakat Melayu. Malah, kerana bakat dan kecantikan dimilikinya, Wincci turut menjadi dambaan peminat di Taiwan yang begitu memujanya. Ikuti rahsia Wincci menjaga kecantikan kulit dan mengekalkan kelangsingan tubuh badannya.


    Boleh kongsikan rahsia kecantikan anda?

    WINCCI : Saya adalah duta produk penjagaan kulit dan kesihatan AVON. Mereka melantik saya setahun selepas dinobatkan sebagai Miss World Malaysia. Saya diibaratkan seperti 'tikus putih' yang harus mencuba kesemua produk kulit dan kesihatan sebelum ia dipasarkan. Bagi saya inilah rahsianya kerana saya mendapat produk yang sangat bermutu tinggi dan berkualiti.


    Apakah produk penjagaan kulit yang anda amalkan?

    WINCCI : Saya menggunakan rangkaian produk Anew Reversalist dan Anew Clinical Pro Liner Eraser with AF33. Saya juga mengamalkan minuman kolagen AVON. Sudah empat tahun saya setia dengan produk ini. Selain bagus untuk kulit, kolagen juga mampu membentuk tubuh cantik menawan. Saya biasanya mengambil minuman kolagen sebelum saya workout.


    Selain pemakaian produk, apa lagi yang anda amalkan untuk kulit?

    WINCCI : Saya seorang yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat. Saya mengutamakan buah-buahan kerana khasiatnya sudah lama diketahui dalam mengekalkan keremajaan kulit dan kecantikan tubuh. Selain itu saya juga mengambil vitamin C.


    Adakah anda mempunyai rutin tertentu untuk mengekalkan kelangsingan tubuh?

    WINCCI : Sudah semestinya! Saya tidak dilahirkan terus cantik seperti ini. Saya juga ada kisah silam yang sukar kerana dahulu saya bertubuh gempal dan kerap dibuli. Balik sekolah saya mesti menangis tetapi apabila meningkat dewasa, kekurangan bertubuh besar dan tinggi saya lihat sebagai satu peluang. Jadi saya gunakan kekurangan itu untuk meningkatkan potensi diri. Saya juga mengurangkan pengambilan daging dan karbohidrat serta melebihkan pengambil buah-buahan dan susu.


    Tentu ada hari-hari anda 'terlebih makan', jadi bagaimana cara anda mengatasinya?

    WINCCI : Saya ada resipi detoks sendiri. Biasanya saya akan kisar buah epal, oren, limau dan dua buah kegemaran sehingga menjadi air satu liter. Saya akan ulang minum jus ini sampailah habis. Selain itu, saya juga suka berpuasa dan sudah dua tahun saya berpuasa penuh.


    Selain menjaga tubuh dengan pemakanan, adakah anda bersenam?

    WINCCI : Tentu sekali! Saya akan luangkan masa sebanyak tiga hingga empat kali seminggu untuk bersenam. Saya lebih suka bersenam di gimnasium kerana saya suka melakukan regangan.


    Apa pesanan anda untuk pembaca?

    WINCCI : Dunia ini tidak ada wanita hodoh, yang ada cumalah wanita malas. Saya tidak dilahirkan terus cantik dan cerdik tetapi saya berusaha untuk dapatkannya. Kalau saya boleh kenapa anda tidak? Usah takut dengan cabaran dan rancang kehidupan ke arah yang lebih baik.


    PROFIL 
    Nama Komersil: Soo Wincci
    Asal: Kuala Lumpur
    Kerjaya: Penyanyi, Komposer, Pelakon, Pengacara, Model.

    Selasa, 23 Julai 2013

    Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas Ketika Berpuasa

    Ramai ibu-ibu menyusu yang mengadu rasa lemah tak bertenaga ketika berpuasa. Susu pula makin merudum dan berkurang dan mereka berhadapan masalah hidrasi yang agak teruk. Lemah longlai tubuh, terasa tak terdaya nak buat kerja-kerja rumah. Perut pula asyik berkeroncong sebab bayi nak menyusu je. Manakala si kecil asyik menangis dan mengamuk akibat tak puas menyusu dan macam-macam lagi dugaan dan cabaran bagi ibu menyusu yang berpuasa!. Masalah ini sebenarnya dapat diatasi dengan panduan yang betul. Disini dikongsikan Rahsia Ibu Menyusu Kekal Cergas Ketika Berpuasa.


    Adakah ibu-ibu ada masalah begini ketika puasa?



    Faktor Pemakanan Memainkan Peranan Penting  Ketika Berpuasa

    1. Minum Air Mencukupi
    Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

    2. Jangan Abai Sahur
    Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

    3. Makan Kurma Ketika Berbuka
    Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

    4. Banyakkan Buah Dan Sayur
    Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

    5. Ambil Lebih Lemak Sihat
    Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

    6. Amalkan Madu
    Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

    7. Elakkan Minuman Bikarbonat
    Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.


    Anda boleh kekal cergas, bertenaga dan ceria walaupun berpuasa dan menyusukan bayi anda.


    Set Puasa Shaklee membantu anda:

    ✔ Kekal cergas, ceria dan bertenaga sehingga waktu berbuka.

    ✔ Mengurangkan kehilangkan air dalam badan (kurang haus).

    ✔ Susu badan kekal meriah.


    Berminat mendapatkan Set berpuasa bagi Ibu Berpuasa? Hubungi :

    Faizah Zain| Shaklee Independent Distributor 887424| sms 013-2995854

    Free Auto Malaysia Backlinks