Rabu, 4 Julai 2012
Penting Ke Vitamin C?
=============
Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik, merupakan sejenis vitamin larut air. Ini bermakna ia tidak boleh disimpan oleh badan manusia dan perlu sentiasa diambil bagi mengekalkan fungsi tubuh pada tahap optimum.
Vitamin C adalah vitamin yang paling tak stabil berbanding semua jenis vitamin dan sangat sensitif pada oksigen (mudah teroksida). Ini bermakna Vitamin C akan lenyap apabila didedahkan pada cahaya ataupun udara.
Tugas utama vitamin C ni adalah mengekalkan tahap kolagen dalam tubuh manusia. Macam yang kita tau kolagen ni untuk mengekalkan kulit supaya nampak anjal dan muda jelita, tapi sebenarnya bukan itu saja, fungsi utama kolagen adalah sebagai tisu penghubung dalam kulit, ligamen dan tulang.
Tugas lain vitamin C adalah seperti membantu dalam penyembuhan luka, menghalang jangkitan penyakit dan membantu mengendalikan stress.
Jom sama-sama amalkan makan makanan yg kaya dengan Vitamin C atau yang lebih efektif, ambil je supplemen Vitamin C! :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan