Isnin, 24 Disember 2012

Bukan Semua Sayur-sayuran Sesuai Dimakan Secara Mentah

Mungkin bila sebut pasal sayur-sayuran automatik terfikir, sayur-sayuran kalau nak dapat penuh zat dia kena makan mentah-mentah. Sebenarnya salah tu..ada sayur yang elok kita makan mentah dan ada yang kita perlu masak untuk dapat zat yang ada dalam sayur tu..


Terdapat beberapa jenis sayuran yang sebaiknya dimasak terlebih dahulu untuk mendapat nilai khasiat terbaik.


  • LOBAK MERAH

Jika kita masak lobak merah ia akan menghasilkan lebih banyak beta korotena berbanding dimakan mentah.

  • TOMATO

Lycopene (sejenis antioksidan) dalam tomato lebih mudah diperolehi apabila tomato tersebut dimasak.

  • JAGUNG

Jagung yang telah dimasak akan menghasilkan asid ferulik yang mempunyai faedah anti-kanser.

  • BAYAM

Bayam yang tidak dimasak mengandungi asid oksalat yang boleh menghalang penyerapan zat besi oleh tubuh. Jadi elakkan makan bayam yang mentah.

  • TERUNG BULAT dan KENTANG

Terung bulat dan kentang yang tidak dimasak mengandungi solanin yang menghalang penyerapan kalsium oleh tubuh. Oleh yang demikian kalsium yang ada dalam tubuh akan terbazir tanpa diserap. Elakkan juga memakan terung dan kentang yang tidak dimasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Free Auto Malaysia Backlinks