Rabu, 30 Januari 2013

Petua awet muda cara Islam dan Moden


Petua awet muda cara Islam ni adalah dari Ustazah Fatima Az-Zahrah. Semoga ianya bermanfaat buat semua:


Cara Pertama:

  • Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
  • Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



Cara Kedua:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Petua awet muda cara moden
  • Pastikan pengambilan air kosong anda cukup 2-3 liter sehari
  • Banyakkan berjalan untuk memastikan tubuh anda sentiasa kekal aktif dan bebas lemak.
  • Pastikan badan anda mendapat cukup suplemen, brand pilihan saya sudah semestinya SHAKLEE yang halal dan semulajadi, vitamin yang paling asas untuk kecantikan luar dan dalam adalah vitamin E , vitamin C, B-Complex dan juga Protein ( pastikan yang bebas lemak seperti ESP (Soy Isolated Protein)
  • Tidur pastikan cukup 8 jam sehari


Di sini dikongsikan juga masker awet muda ala Shaklee iaitu :


  • ESP + natural yogurt + Vitamin E (kesan: kulit lembut, anjal,dan bebas jerawat)
  • ESP + natural yogurt (kesan: kulit lembut, anjal dan tona sekata)
  • Vitamin E (kesan: kulit lembut,berseri,bebas jerawat..awet muda gitu..)
  • Collagen Powder (mix with toner or yogurt.Kesan: kulit menjadi lembut, anjal, tona sekata, pori2 mengecil)
  • Vitamin C (mix with water.sapu rata seluruh muka - kesannya: kulit bebas jerawat dan cerah sekata)
  • Nutriferon (ni area muka yg ada jerawat, tak perlu sapu seluruh muka...ala2 spot treatment.ia mmg first-aid dikala diperlukan..kecut jerawat yg merah2 tu.. )
  • Vivix (sapu rata seluruh muka..khasiatnya :kulit lembut, berseri dan awet muda)
  • Alfalfa (ala2 scrub)


kalau anda nak dapatkan resepi masker awet muda di atas bolehlah jadi customer All Natural Supplement, resepi lengkap dan terperinci akan diberi.

Faizah Zain
Shaklee independent Distributor
sms 013-2995854



Isnin, 28 Januari 2013

Apakah vitamin untuk perokok??

Saya tahu ramai perokok sedar akan bahaya merokok, tetapi sukar untuk menghentikan tabiat ini. Banyak artikel yang ditulis berkaitan bahaya merokok, selain kempen "Tak Nak" untuk memerangi tabiat ni dan yang paling pelik dekat kotak rokok tu sendiri ada amaran tentang bahaya merokok. Jika dihitung sebatang rokok boleh menghasilkan asap yang mengandungi 4000 bahan kimia merbahaya di antaranya :

Asap rokok boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya.



  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Naftalena (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nikotin (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehid (untuk mengawet mayat)
  • Butana (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hidrogen Sianida (racun)
  • Toluena (bahan pelarut)
  • Karbon Monoksida (gas beracun)

Apakah kesan-kesan jangka pendek akibat merokok?

  • Otak Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
  • Telinga Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
  • Mata Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan.
  • Mulut  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak, nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut serta gigi menjadi kuning.
  • Hidung - Mengurangkan deria bau
  • Kulit  - Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
  • Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan


Apakah kesan-kesan jangka panjang akibat merokok?

  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk
Apakah vitamin yang terbaik untuk kesihatan perokok?
  • Detoks untuk perokok Jika dilakukan pemeriksaan, hati perokok lebih hitam berbanding mereka yang tidak merokok, jadi DTX Complex sangat bagus untuk detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak dan tisu-tisu badan.
  • Vitamin C untuk singkir nikotin : Setiap kali aktiviti merokok, tubuh akan kehilangan banyak vitamin C. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan vitamin C dengan baik. Jadi perokok perlu mengambil vitamin c dengan kadar yang banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah. Artikel kajian perokok di US ada menyatakan :

    Spray vitamin C into the back of the mouth and throat each time you want a cigarette. (Drug and Alcohol Dependence, 1993:337, p 211-213.)

    So tak perlulah susah2 nak beli vitamin c spray ni coz harga pun agak mahal & sukar didapati. Amik la Shaklee Sustained Released Vita-C Plus/Shaklee Chewable Vita-C Plus . Seeloknya hancurkan dalam air & minum setiap kali selepas merokok. Bila nikotin dalam darah sudah disingkirkan sedikit demi sedikit maka akan kurang la kebergantungan badan si perokok terhadap nikotin itu. Seterusnya Insya_Allah keinginan terhadap nikotin akan berkurangan.

    Suplemen yang turut membantu kesihatan perokok
    1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.
    2) Nutriferon - Merangsang sistem imun.
    3) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak.
    4) CarotoMax - menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk pemulihan membran mukosa dan perlindungan peparu.
    5) Alfalfa Complex- Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak dan tisu-tisu badan


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Khamis, 24 Januari 2013

Masalah kegatalan pada vagina

Kali ini saya nak "share" masalah yang agak sukar untuk dikongsikan dengan orang lain kerana menganggap masalah ni "taboo". Masalah  kegatalan pada vagina banyak dihadapi oleh gadis dan juga wanita dewasa. Simptom umum yang biasa muncul adalah rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) dan pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi. 


Penghidap mungkin juga mengalami rengsa atau rasa sakit semasa hubungan seks. Istilah "keputihan" adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis.Kalau dibiarkan, cairan keputihan akan keluar dengan banyak dan akan menjadi "secondary infection". Cairan itu akan membusuk, bertukar warna kepada kehijauan, kekuningan atau kecoklatan dan boleh membawa banyak masalah pada rahim seperti kemandulan.

Tips penjagaan kebersihan faraj 

1. Mengelakkan penggunaan sabun ke dalam faraj
Sabun akan mengubah persekitaran berasid faraj (sama ada menggunakan sabun biasa yang bersifat alkali ataupun menggunakan sabun ber pH asidik), lebih-lebih lagi apabila dibilas menggunakan air ke dalam faraj kerana ia akan mencairkan asid ke dalamnya.

2. Teknik mengelap atau mengeringkan faraj
Selepas membuang air, jangan dikesat sebaliknya lap secara menekap bahagian kemaluan hadapan dahulu kemudiannya ke bahagian dubur.

3. Memastikan seluar dalam sentiasa kering
Jika seseorang mudah berpeluh atau melakukan banyak aktiviti, kawasan kemaluan yang bertambah kelembapan ini akan mengundang penyebaran / pemindahan dan pembiakan kuman juga.




Suplemen semulajadi untuk mengatasi masalah kegatalan pada vagina


2 suplemen yang sangat bagus untuk wanita.


  • Alfalfa complex sangat bagus dalam merawat keputihan. ini disebabkan klorofil di dalam alfalfa adalah antibakteria. Jadi masalah kegatalan dapat di atasi dengan mengambil alfalfa complex. Selain itu, Alfalfa juga  membantu mengatasi masalah sembelit, membantu penghasilan susu bagi yang "breastfeeding", bertindak sebagai detoks dan juga berfungsi sebagai perapat kepada kaum wanita.


  • ESP (Isolated Soy Protein) jika diambil bersama suplemen-suplemen lain, ia akan bantu penyerapan yang lebih baik semua suplemen yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yang tak ambil bersama ESP. Ia juga membantu pemulihan tisu badan, fungsi enzim dan hormon yang sempurna serta menyokong kesihatan imunisasi badan.

Testimoni pengguna Alfalfa complex dan ESP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

salam..ehem..just nk share pasal alfalfa n ESP.. sblm ni sy ade masalah gatal2 kt 'tut'... kalau time period,lg la...gatal sgt2, kdg2 sampai xboleh tido... mase pregnant pun kene, sampai kne masuk ubat kt 'tut', sapu cream gynae bg n mkn ubat tahan gatal... then, mase dlm pantang try mkn alfalfa n ESP sbb darah keluar lame kn...so mmg xsanggup nk tahan gatal kt situ.... Alhamdulillah, sejak consume Alfalfa n ESP, mmg hilang terus gatal2 tu.... skrg ni, kalau period pun, dh x risau nk tahan gatal yg tahap dewa kt 'tut' tu...... suke...suke...tq Shaklee....!!!
Like ·  ·  · January 18 at 12:13am
------------------------------------------------------------------------------------------------------



Rasanya "better" amalkan suplemen sebagai langkah kawalan masalah ni sebab ada sesetengah orang yang ada alahan dengan antibiotik. Mencegah lebih baik dari mengubati.


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Rabu, 23 Januari 2013

Oren yang dibeli tak cukup vitamin C?

Saya rasa ramai yang suka makan oren rasanya yang masam-masam manis tu buat kita tak jemu-jemu nak makan selalu. Mungkin ramai yang sangkakan kita dapat cukup khasiat vitamin C dengan mengambil oren setiap hari. Tapi sebenarnya oren yang kita beli dari pasaraya sebenarnya dah banyak kehilangan vitamin C.

kepanasan boleh memusnahkan vitamin c di dalam buah oren.


Sebab apa oren yang kita beli tak cukup vitamin C?

Vitamin C mudah teroksidasi dan proses tersebut dipercepat oleh panas, sinar, alkali, enzim, oksidator, serta oleh katalis tembaga dan besi. Buah-buahan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah yang ranum pula akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Bayangkan buah-buah oren yang datang ke negara kita kebanyakannya dimport dan melalui perjalanan yang jauh dan memakan masa yang agak panjang. Bila buah-buah oren tu selamat sampai, ia juga perlu menjalani pelbagai proses di gudang sebelum dipasarkan di pasaraya. Anda sendiri boleh mencongak sendiri banyak mana kandungan vitamin c yang tinggal pada buah oren yang kita beli tu. Mungkin 1/4 atau kurang lagi vitamin c yang tinggal.


Penting ambil vitamin C tambahan

Sebab tu kita perlu ambil suplemen untuk memastikan badan kita cukup vitamin C. Suplemen tambahan diperlukan juga sebab badan kita mudah kehilangan vitamin C. Ini di antara faktor-faktor vitamin c cepat musnah:-
  • Vitamin C merupakan vitamin yang paling mudah rosak.
  • Vitamin C mudah teroksidasi dan proses tersebut dipercepat oleh panas, sinar, alkali, enzim, oksidator, serta oleh katalis tembaga dan besi.
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c
  • Stres, pil penahan sakit dan kontraseptif akan menyusutkan banyak vitamin c dari badan

Tanda-tanda tak cukup vitamin C

  • Mudah tertekan (stress)
  • Kulit sangat kering dan bersisik
  • Tapak kaki keras dan kasar
  • Luka lambat sembuh
  • Mudah selesema atau bersin
  • Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
  • Mudah mendapat ulcer
  • Mudah demam
  • Penyakit skurvi

Kenapa pilih Chewable Vita-C plus Shaklee??

  • 1 biji vita-C ni bersamaan 1 1/2 biji oren, so tak payah pening-pening nak fikir cukup atau tak vitamin c yang di ambil
  • Ianya adalah dari sumber semulajadi 
  • Mengandungi “bioflavonoids” yang seimbang dengan Vitamin C.
  • Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tubuh badan.
Lagi info tentang Chewable vita-C Plus

Chewable Vita-C dengan rasa limau (Khasiatnya menyamai vita-c sustained released)


Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik. Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil. (sumber Shaklee Malaysia).

Nak dapatkan vita-c plus chewable?..boleh hubungi saya.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854

Ahad, 20 Januari 2013

Petunjuk disebalik warna urin anda..!

Di sebalik kumuhan yang kita buang setiap hari ada petunjuk di sebalik warna air kencing anda itu. Mungkin anda terperasan kekadang warna air kencing berubah-ubah setiap hari. Jom kita tengok apakah petunjuk yang penting disebalik warna urin ni....

Warna urin perlu diperhatikan setiap hari.


Jika warna air kencing jernih - menunjukkan anda minum air berlebihan dari jumlah keperluan tubuh, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.

Urine-chart yang berguna untuk anda


Pemakanan pengaruhi warna air kencing
  • Kuning/Kuning cair - mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah, jadi jangan risau jika anda pengamal vitamin B-Complex.
  • Sesetengah ubat - seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.
  • Memakan ubi - mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan hanya sementara.

Warna air kencing dan penyakit  

  • Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.
  • Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.
  • Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.
  • Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.
  • merah adalah tandanya terdapat darah di dalam air kencing, anda mungkin mengalami pendarahan atau kanser dan biasanya mereka yang berumur 40-an, hipotesis pertama yang dibuat adalah kanser pundi kencing.
  • Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi). Jadi yang terbaik, tubuh anda perlu mendapat cukup air kosong 2-3 liter sehari untuk memastikan tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
kandungan urin
Jangan pandang remeh seandainya anda lihat warna urin yang berwarna pelik, kalau anda tidak pasti rujuklah dengan doktor untuk memastikan anda bebas dari penyakit berbahaya. Awasilah warna urin anda setiap hari,mencegah lebih baik dari mengubati.


Sabtu, 19 Januari 2013

Bila Gout menyerang ..sendi ibu jari jadi sebesar bola pingpong

Saya pernah berhadapan dengan orang yang ada masalah gout ni, tiap kali gout menyerang memang menakutkan tengok keadaan mereka ni. Bila salah makan macam sotong, udang, kerang atau daging kambing, boleh nampak tiba-tiba benjolan sebesar bola pingpong muncul di sendi ibu jari kaki. kalau tengok dari riak muka pun dah boleh tahu, mesti tersangat sakit, sebab kawasan yang terkumpul asid urik tu akan jadi bengkak dan kemerah-merahan. Dah jadi macam ni, memang sukar nak berjalan dan terpaksa bertongkat. Semua aktiviti harian terganggu dan terpaksa bergantung kepada ubat untuk meredakan gout yang menyerang. Ada pesakit gout yang tak dapat menahan kesakitan, terpaksa mendapatkan suntikan khas untuk gout tetapi suntikan ini tidak elok diambil selalu.

Bengkak akibat pengumpulan asid urik

Apakah penyakit gout yang sebenarnya?


Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.



Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-


- Serangan akut (tiba-tiba).
- Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.


Apakah faktor-faktor penyebab gout?


Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

  • Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
  • Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
  • Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.
Di antara makanan yang patut dielakkan oleh pesakit Gout.



Apakah makanan yang patut dielakkan?

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis).

(credit to: thetole.org)

3 suplemen yang bagus untuk masalah gout ni

  • Alfalfa Complexuntuk menyingkirkan toksin secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

  • Performance drinkmemastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.



  • Omega guardIni sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Ni pengalaman Puan Aula merawat gout ibunya dengan suplemen Shaklee..

"Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry…

So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..
Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK taking shaklee… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..

AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!"...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi kalau anda ingin bebas dari terlalu bergantung kepada ubat-ubatan untuk merawat  Gout anda boleh bertukar kepada suplemen Shaklee yang lebih selamat dan semulajadi.

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854


Jumaat, 18 Januari 2013

Lutut berbunyi macam engsel pintu berkarat..


Pasti anda yang berhadapan dengan masalah lutut berbunyi ni ada perasaan sedikit malu. Bayangkan kalau dalam suasana pejabat yang sunyi tetiba lutut anda berbunyi "kreek...kreek" macam engsel pintu berkarat yang dah lama tak diletak gris. Pasti ramai yang akan bepaling dan tercari-cari dari mana datangnya bunyi yang aneh itu. Tambah-tambah kalau naik tangga dan ketika rukuk dalam solat, makin menjadi-jadi pulak bunyinya. Bukan makcik-makcik dan pakcik-pakcik je yang ada masalah ni, yang belum kahwin pun ada yang bermasalah macam ni. Kenapa masalah ni terjadi?

Orang muda pun boleh ada masalah lutut berbunyi.
Sebenarnya ada 2 jenis rawan pada lutut :
  • rawan meniskus - penyerap kejutan antara bahagian atas tulang paha (femur) dan tulang besar di bawah kaki (tibia)
  • rawan artikular - berwarna putih bersinar yang menutupi hujung kebanyakan tulang. Ia memastikan tulang bergeseran tanpa rasa sakit. Tebalnya hanya beberapa milimeter saja. Rawan artikular berfungsi untuk meminimumkan tekanan apabila individu bergerak. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai penyerap kejutan.
Rawan tidak memiliki bekalan darah (avaskular),sekiranya berlaku kerosakan rawan, ia tidak boleh pulih dengan cepat seperti mana kulit atau otot yang rosak. Selain sifat yang avaskular, rawan artikular juga tiada bekalan saraf (aneural).

Pada permulaan kecederaan pada rawan, anda tidak akan berasa sakit. Namun, apabila kecederaan itu semakin teruk atau rawan mula berlubang, ia akan menjejaskan pergerakan sendi. Namun, sendi juga akan mengalami masalah keradangan dan sakit.



Jika kecederaan itu besar, tulang di bawah rawan akan hilang perlindungan dan menyebabkan geseran. Tanpa rawatan, keadaan inilah pada akhirnya akan menjejaskan sendi.

Di antara simptom kerosakan rawan ialah : 
  • lutut juga mungkin berbunyi ketika bergerak terutama jika rawan di belakang kepala lutut yang rosak.
  • sakit pada sendi
  • sendi bengkak
  • lutut terkunci (lock knee) - sendi lutut tidak boleh diluruskan
Perbandingan di  antara sendi lutut yang normal dan yang ada masalah Osteoarthritis

Antara penyebab utama masalah sendi dan rawan adalah osteoarthritis dan selalunya membabitkan golongan berusia. Sementara golongan muda biasanya mengalami kecederaan rawan kerana pembabitan dalam sukan.

Jaga sendi secara sihat

Di antara suplemen yang terbaik untuk menjaga dan mengatasi masalah lutut berbunyi serta masalah sakit lutut adalah dengan Advanced Joint Health Tablet.

Diformulasi 100% dari sayur-sayuran.



Jom kita ketahui mengenai AJHT 

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health

Jadi anda boleh dapatkan sebotol AJHT untuk masalah sendi anda!


Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor
sms 013-2995854



Khamis, 17 Januari 2013

Masalah reput tulang (Osteoporosis) macam Ali Baba?

Mungkin anda pernah tengok cerita "Ali Baba Bujang Lapok". Saya pun dah tonton berkali-kali cerita Ali Baba ni. Pelik sebab apa saya kaitkan masalah reput tulang dengan Ali Baba?.Tentu anda perasan kan dalam citer ni Ali Baba asyik bergaduh dengan isteri dia sebab makanan diaorang selalu tak cukup dan Ali Baba plak malas nak keluar kerja. Sampailah akhirnya keluar lagu yang Ali Baba nyanyi "...berehat sedikit, isteri dah meradang,kerja berat takut reput tulang.." 
Babak ni pun mesti anda ingat kan?

Mungkin juga benar kata Ali Baba,dia bukan malas tapi dia memang ada masalah reput tulang atau Osteoporosis dek kerana sering kekurangan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium..

Info Osteoporosis yang patut semua orang tahu.....

Tulang yang reput dan rapuh adalah akibat osteoporosis. Kita tentu pernah melihat orang yang berjalan dalam keadaan bongkok sabut. Ini salah satu tanda penyakit tersebut. Penyakit senyap ini boleh berlaku pada wanita menopos dan lelaki atau wanita yang mempunyai jisim tulang rendah (osteopenia).Di antara 2-4% tulang kerangka manusia dibina semula setiap tahun. Ini bererti kalsium dan mineral penting lain keluar dari tulang dalam satu proses dinamakan resorption, Tulang itu kemudiannya dibina semula atau digantikan.


Perbezaan di antara tulang normal dan Osteoporosis

Osteoporosis mesti dicegah atau dirawat. Jika dibiar berlarutan tulang pesakit boleh retak atau patah jika terjatuh. Walaupun boleh menjejaskan mana-mana tulang, namun keretakan atau kepatahan di pinggul dan tulang belakang menyebabkan pesakit memerlukan pembedahan. Tanpa pembedahan dan rawatan yang betul pesakit mungkin tidak boleh bergerak langsung.

Tanda-tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Di antara penyebab osteoporosis pula ialah 
  • usia tua
  • kurang berat badan 
  • sejarah keluarga yang pernah mengalami osteoporosis sama ada ibu, bapa atau adik beradik
  • merokok
  • mengambil alkohol berlebihan 
  • kurang hormon seks (dialami oleh wanita menopous)
  • pengambilan atau penyerapan kalsium dan vitamin D yang rendah
  • gaya hidup sedentari
  • pernah mengalami keretakan tulang terutama selepas usia 50 tahun 
  • mengambil ubat-ubatan seperti prednisolone 
  • pengambilan heparin (ubat penipisan darah) 
  • mengambil ubat penentang sawan dan penyakit tertentu yang boleh menjejaskan tulang seperti gangguan endokrina, penyakit Cushing dan rheumatoid arthritis.     
Lelaki kerap kali menderita osteoporosis kerana tabiat merokok. Perokok yang kurus dan kurang minum susu atau tidak mengambil suplemen Calcium Plus memang berisiko tinggi. 

Jadi kalau anda nak tulang yang sihat, gigi yang kuat, pastikan pengambilan kalsium anda cukup. Kalau anda tak suka minum susu atau tak dapat nak pastikan adakah cukup  pengambilan kalsium anda pada hari tu, tak payah risau sebab ada Osteomatrix yang terbaik untuk tulang anda. Lepas ni anda tak payah nyanyi macam Ali Baba sebab  ada masalah tulang reput :)

Retail price WM/EM: RM61.00 (120 biji)

Yang best tentang Osteomatrix 

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.*

OsteMatrix Membekalkan:

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Kalsium sahaja tidak mencukupi

Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.


Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Untuk dapatkan Osteomatrix  boleh sms/whatssap 013-2995854

Faizah Zain
Shaklee Independent Distributor


Free Auto Malaysia Backlinks